
PATTANI (Selatan Thai): Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) menaik taraf wilayah ini menjadi ‘Bandar Ketam Laut’ dalam usahanya untuk menambah daya tarikan pelancong asing, khususnya dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Usaha menaik taraf wilayah itu diadakan serentak dengan kehadiran 40 ejen pelancongan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura menerusi program ‘Familiarization Trip’ (FAM Trip) ke Pattani bermula 30 Ogos lalu dan akan berakhir di wilayah Songkhla esok (2 September 2024).

Program menjadikan Pattani sebagai ‘bandar ketam laut’ serta FAM Trip itu mendapat sokongan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) dengan kerjasama Persatuan Industri Pelancongan Halal Thai-ASEAN (TAHTA).
Ia dilancar dan dirasmikan oleh Setiausaha Agung SBPAC, Lt Col Wannapong Kotcharak, dan turut dihadiri Timbalan Gabenor Pattani, Sanan Sonthimueang; Pengarah Bahagian Sokongan Awam dan Pembangunan SBPAC, Kapten Jakapong Apimahatham; dan Presiden TAHTA, Aida Oujeh.

Merasmikan program berkenaan, Lt Kol Wanpong Kotcharak berkata, ini adalah kali pertama SBPAC menganjurkan aktiviti menaik taraf Wilayah Pattani sebagai ‘Bandar Ketam Laut’, dengan menghubungkan sektor pelancongan di wilayah Selatan Thai dan sektor perikanan serta pelancongan antarabangsa.
“Langkah berkenaan adalah salah satu usaha SBPAC untuk menarik pengusaha pelancongan dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk membuka saluran, meluaskan peluang ekonomi, mencipta peluang pekerjaan dan menjana pendapatan penduduk tempatan.
“Matlamatnya adalah untuk menyelaraskannya dengan dasar kerajaan bagi memberi tumpuan dan menaik taraf pembangunan wilayah sempadan Selatan Thailand dan negeri bersempadan Malaysia untuk menjadi bandar berkembar untuk pembangunan mampan.
“Ia juga merupakan titik permulaan untuk pembangunan selanjutnya dalam banyak bidang, seperti pelancongan makanan, dengan mendorong bahan-bahan tempatan diterima pad peringkat antarabangsa, dan membangunkan industri hospitaliti tempatan sebagai garis panduan kepada petani dan usahawan pelancongan untuk menyesuaikan diri dan memajukan diri mereka lebih jauh.
“Ini merupakan cabaran baharu yang akan membawa kepada pembangunan wilayah sempadan Selatan Thailand dan negara di rantau ASEAN pada masa hadapan,” katanya.


Katanya, SBPAC terus menggalakkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan penternakan ketam serta meluaskan rantaiannya bagi meningkatkan nilai ekonomi dengan menghubungkan pelancongan di bandar ketam laut.
“Usaha juga dibuat untuk membangunkan usahawan dan rangkaian mereka yang terlibat dalam pelancongan, industri, dan menyediakan perkhidmatan yang mesra pelancong. Ia juga dapat merangsang perbelanjaan, mencipta kerjaya, dan menjana pendapatan untuk penduduk di wilayah sempadan selatan.”
Pada FAM Trip itu yang turut disertai ejen pelancongan Thailand, peserta dibawa meneroka pusat tumpuan pelancongan di wilayah Pattani, serta mendengar perbincangan berkaitan topik ‘Pelancongan Gastronomi’.
Selain itu, semua peserta juga berkesempatan mengadakan rundingan perniagaan, bertukar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan pelancongan dalam format Busniess To Business (B2).


จังหวัดปัตตานีเปลี่ยนชื่อเป็น ‘เมืองปูทะเล’: ศอ.บต
ปัตตานี (ภาคใต้ของประเทศไทย): ศูนย์บริหารภูมิภาคชายแดนภาคใต้ (ศอ.บต.) กำลังยกระดับภูมิภาคนี้เป็น ‘เมืองปูทะเล’ เพื่อเพิ่มความน่าดึงดูดใจของนักท่องเที่ยวชาวต่างชาติ โดยเฉพาะในกลุ่มประเทศอาเซียน
ความพยายามในการยกระดับภูมิภาคเกิดขึ้นพร้อมๆ กับการมีตัวแทนท่องเที่ยวจากมาเลเซีย อินโดนีเซีย และสิงคโปร์ จำนวน 40 ราย ผ่านโครงการ ‘Familiarization Trip’ (FAM Trip) ไปยังปัตตานี ซึ่งเริ่มในวันที่ 30 สิงหาคม และจะสิ้นสุดที่จังหวัดสงขลาในวันพรุ่งนี้ (2 กันยายน 2567) 2024)
โครงการนี้ ทำให้ปัตตานีเป็น ‘เมืองปูทะเล’ และ FAM Trip ได้รับการสนับสนุนจากศูนย์บริหารภูมิภาคชายแดนภาคใต้ (ศอ.บต.) ร่วมกับสมาคมการค้าการท่องเที่ยว
ฮาลาลไทย-อาเซียน (TAHTA)
โดยมีพล.ท.วรรณพงศ์ กชรักษ์ เลขาธิการเป็นประธานเปิดงาน และมีสนั่น สนธิเมือง รองผู้ว่าราชการจังหวัดปัตตานี เข้าร่วมด้วย ผู้อำนวยการกองสนับสนุนและพัฒนาสาธารณะ ศอ.บต. กัปตันจักรพงศ์ อภิมหาธรรม; และนายกสมาคม TAHTA,
อัยดา อูเจ๊ะ
พล.ท. วรรณพงศ์ คชรักษ์ กล่าวเปิดโครงการว่า นับเป็นครั้งแรกที่ ศอ.บต. ได้จัดกิจกรรมยกระดับภูมิภาคปัตตานีให้เป็น ‘เมืองปูทะเล’ โดยเชื่อมโยงภาคการท่องเที่ยวภาคใต้ของไทยกับภาคประมงและการท่องเที่ยวระหว่างประเทศ .


“ความเคลื่อนไหวครั้งนี้เป็นหนึ่งในความพยายามของ ศอ.บต. ในการดึงดูดผู้ประกอบการ การท่องเที่ยวจากมาเลเซีย สิงคโปร์ และอินโดนีเซียให้เปิดช่องทาง ขยายโอกาสทางเศรษฐกิจ สร้างโอกาสในการทำงาน และสร้างรายได้ให้กับผู้อยู่อาศัยในท้องถิ่น
“จุดมุ่งหมายคือเพื่อให้สอดคล้องกับนโยบายของรัฐบาลที่มุ่งเน้นและยกระดับการพัฒนาพื้นที่ชายแดนภาคใต้ของประเทศไทยและรัฐชายแดนของประเทศมาเลเซียให้กลายเป็นเมืองแฝดเพื่อการพัฒนาที่ยั่งยืน
“ยังเป็นจุดเริ่มต้นในการพัฒนาต่อยอดในด้านต่างๆ เช่น การท่องเที่ยวเชิงอาหาร โดยการส่งเสริมให้วัตถุดิบในท้องถิ่นเป็นที่ยอมรับในระดับสากล และพัฒนาอุตสาหกรรมการบริการในท้องถิ่นเพื่อเป็นแนวทางให้เกษตรกรและผู้ประกอบการท่องเที่ยวได้ปรับตัวและพัฒนาตนเอง ไกลออกไป. .
“นี่เป็นความท้าทายใหม่ที่จะนำไปสู่การพัฒนาพื้นที่ชายแดนภาคใต้ของประเทศไทยและประเทศในภูมิภาคอาเซียนในอนาคต” เขากล่าว
ท่านกล่าวว่า ศอ.บต. ยังคงส่งเสริมความรู้ความเข้าใจเกี่ยวกับการเลี้ยงปู ตลอดจนขยายห่วงโซ่เพื่อเพิ่มมูลค่าทางเศรษฐกิจด้วยการเชื่อมโยงการท่องเที่ยวที่เมืองปูทะเล
“ยังได้พยายามพัฒนาผู้ประกอบการและเครือข่ายที่เกี่ยวข้องกับการท่องเที่ยว อุตสาหกรรม และการให้บริการที่เป็นมิตรต่อนักท่องเที่ยว อีกทั้งยังสามารถกระตุ้นการใช้จ่าย สร้างอาชีพ และสร้างรายได้ให้กับประชาชนในพื้นที่ชายแดนภาคใต้”
ในงาน FAM Trip ซึ่งมีตัวแทนการท่องเที่ยวของไทยเข้าร่วมเสวนาที่เกี่ยวข้องกับหัวข้อ ‘การท่องเที่ยวเชิงอาหาร’
นอกจากนี้ผู้เข้าร่วมงานทุกคนยังมีโอกาสจัดการเจรจาธุรกิจ แลกเปลี่ยนข้อมูลสินค้าและบริการด้านการท่องเที่ยวในรูปแบบ Busnies To Business (B2B







Leave a Reply