PATTANI (Selatan Thai): Persatuan Industri Pelancongan Halal Thai-ASEAN (TAHTA) yakin bekalan ketam laut tempatan mencukupi untuk dijadikan satu lagi tarikan pelanconga di wilayah Pattani.

Presiden TAHTA, Aida Oujeh berkata ini kerana terdapat dua pusat ternakan ketam di wilayah Pattani, serta sebuah pusat penyelidikan selain hasil tangkapan di laut oleh nelayan tempatan.

“Kita akan menjadikan ketam sebagai produk baharu sektor pelancongan di sini. Apa lagi sekarang ini wilayah Pattani telah diisytiharkan sebagai ‘Bandar Ketam Laut’.

“Naik taraf Pattani sebagai ‘Bandar Ketam Laut’ dilakukan oleh Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) diketuai oleh Lt Col Wannapong Kotcharak,” katanya kepada Apa Khabar TV.

Menurutnya, ejen-ejen pelancongan di Selatan Thai akan mempromosikan ketam laut ini sebagai salah satu produk pelancongan yang strategik.

“Kita akan perkenalkan ketam untuk makanan, ketam untuk promosi pelancongan dan ketam untuk diketengahkan ke seluruh dunia.

“Kalau kita ada banyak ketam sahaja tak boleh jadi. Oleh itu kita mahu perkenalkan pula ketam kepada sektor pelancongan.

“Untuk itu kita telah menjemput 40 ejen pelancongan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura menerusi ‘Familiarization Trip’ (FAM Trip) ke Pattani bermula 30 Ogos lalu dan akan berakhir di wilayah Songkhla hari ini (2 September 2024).

“Kita berterima kasih kepada SBPAC kerana memberi sokongan dan bantuan untuk melaksanakan program FAM Trip dan bandar ketam ini,” katanya.

Aida menjelaskan semua ejen pelancongan yang datang itu juga akan mengadakan lawatan ke Songkhla, termasuk di Hat Yai dan pasar terapung.

Projek menjadikan ketam sebagai produk pelancongan di Pattani ini adalah kali pertama diadakan dan beliau berharap akan terus mendapat sokongan daripada penduduk tempatan.

“Ketam akan dijadikan menu utama dalam hidangan kepada pelancong,” katanya ketika ditemui pada program Business To Business (B2B) di sebuah hotel terkemuka di bandar Pattani.


ส่งเสริมการท่องเที่ยวด้วยปูทะเล

ปัตตานี (ภาคใต้ของประเทศไทย): สมาคมอุตสาหกรรมการท่องเที่ยวฮาลาลไทย-อาเซียน (TAHTA) มั่นใจว่าปูทะเลในท้องถิ่นมีเพียงพอที่จะใช้เป็นแหล่งท่องเที่ยวอีกแห่งหนึ่งของจังหวัดปัตตานี

อัยด้า อูเจ๊ะ ประธาน TAHTA กล่าวว่า เนื่องจากมีศูนย์เพาะพันธุ์ปู 2 แห่งในพื้นที่ปัตตานี รวมถึงศูนย์วิจัยจากมอ.นอกเหนือจากการจับในทะเลโดยชาวประมงพื้นบ้าน

“เราจะสร้างปูเป็นผลิตภัณฑ์ใหม่ในภาคการท่องเที่ยวที่นี่ ยิ่งกว่านั้น ตอนนี้จ.ปัตตานีได้รับการประกาศให้เป็น ‘เมืองปูทะเล’ แล้ว

“การยกระดับปัตตานีให้เป็น ‘เมืองปูทะเล’ ดำเนินการโดยศูนย์บริหารภูมิภาคชายแดนใต้ (ศอ.บต.) นำโดย พล.ท. วรรณพงศ์ คชรักษ์” เขากล่าวกับapakhabartv.com

ตามที่เขาพูดตัวแทนการท่องเที่ยวในภาคใต้ของประเทศไทยจะส่งเสริมปูทะเลนี้เป็นหนึ่งในผลิตภัณฑ์การท่องเที่ยวเชิงยุทธศาสตร์

“เราจะแนะนำปูเพื่อเป็นอาหาร ปูเพื่อส่งเสริมการท่องเที่ยว และปูเพื่อให้ทั่วโลกได้รับทราบ

“ถ้าเรามีปูเยอะอย่างเดียว ก็ทำอะไรไม่ได้ เราจึงอยากแนะนำปูให้กับภาคการท่องเที่ยว

“เพื่อการนี้ เราได้เชิญตัวแทนท่องเที่ยว 40 รายจากมาเลเซีย อินโดนีเซีย และสิงคโปร์ ในโครงการ ‘Familiarization Trip’ (FAM Trip) ไปยังปัตตานี ซึ่งเริ่มในวันที่ 30 สิงหาคม และจะสิ้นสุดที่จังหวัดสงขลาในวันนี้ (2 กันยายน 2567)

“เราขอขอบคุณ ศอ.บต. ที่ให้การสนับสนุนและช่วยเหลือในการดำเนินโครงการ FAM Trip และเมืองปูแห่งนี้” เขากล่าว

อัยด้า ชี้แจงว่าบริษัทท่องเที่ยวที่มา จะไปเที่ยวสงขลา ที่หาดใหญ่ และที่ตลาดน้ำด้วย

โครงการทำปูเป็นผลิตภัณฑ์การท่องเที่ยวในจังหวัดปัตตานีเป็นครั้งแรกที่จัดขึ้นและหวังว่าจะได้รับการสนับสนุนจากประชาชนในท้องถิ่นต่อไป

“ปูจะเป็นรายการเมนูหลักในมื้ออาหารสำหรับนักท่องเที่ยว” เขากล่าวเมื่อพบกันที่โครงการ Business To Business (B2B) ที่โรงแรมชื่อดังแห่งหนึ่งในเมืองปัตตานี

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading