Meraikan kemerdekaan Tanah Melayu mengimbau kembali kenangan sama ada ketika di rumah, sekolah, kolej atau universiti dengan Jalur Gemilang megah berkibar, dan kita pula melantunkan lagu ‘Negaraku’ dengan penuh semangat dan hati membara.

Ada kalanya meriah, ada juga yang sederhana! Tapi semangat patriotik dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’, kibaran Jalur Gemilang dan gemaan laungan ‘Merdeka, Merdeka, Merdeka’ tetap membangkitkan aura cintakan tanah air kita – Malaysia.

Kehadiran dalam sekitar 50 orang tetamu jemputan di samping kakitangan sendiri, memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Pejabat Konsulat General Malaysia di Songkhla, Selatan Thailand, semalam, pada tanggal 31 Ogos 2024.

Selama lebih 40 tahun menjadi wartawan, ini adalah kali pertama saya, khususnya Apa Khabar TV, memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di luar negara.

Konsul General Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berucap pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Songkhla, Thailand, semalam.

Konsul General, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi; Konsul (Admin, Finance, dan Consular), Sohaimi Ahmad; pegawai-pegawai kanan badan beruniform dan kakitangan awam, begitu mesra menyambut kehadiran dan melayan tetamu, termasuk beberapa rakyat Thailand sendiri.

Acara dimulakan dengan perhimpunan di pekarangan Pejabat Konsul General sebelum doa dibacakan.

Ia diikuti upacara menaikkan Jalur Gemilang, nyanyian lagu ‘Negaraku’, ‘Tanggal 31’, dan lagu ‘Jalur Gemilang’. Ia diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara, sebelum bergambar dan jamuan.

Berdiri bulu roma apabila Ahmad Fahmi ketika memberi ucapan pada sambutan itu, sekali lagi mengajak hadirin melaungkan ‘Merdeka… Merdeka… Merdeka’.

Dalam ucapannya, beliau mengajak rakyat Malaysia supaya menghargai pencapaian serta kemakmuran yang telah dikecapi pada hari ini hasil daripada kemerdekaan negara.

“Kita berjaya mengatasi pelbagai isu dan krisis berkat semangat perpaduan dan cintakan negara yang dipaparkan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

“Kita mesti terus bergandingan untuk memelihara perpaduan. Perpaduan adalah kunci utama agar segala harapan rakyat dapat dipenuhi dan direalisasikan.

“Kita perlu kekal kukuh untuk melaksanakan segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteras. kemampanan budaya bangsa sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ahmad Fahmi berkata, tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah Malaysia Madani Jiwa Merdeka.

“Malaysia Madani merupakan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara, manakala jiwa merdeka menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi dan ekonomi.

“Ia seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif,” katanya sambil mengingatkan bahawa kesepakatan dan kerjasama semua pihak kekal menjadi kekuatan kepada Malaysia.


จิตวิญญาณของ Jalur Gemilang ตอกย้ำความรักชาติของเจ้าหน้าที่กงสุลมาเลเซียในจังหวัดสงขลา

การเฉลิมฉลองเอกราชของมลายูนำความทรงจำกลับมาไม่ว่าจะที่บ้าน โรงเรียน วิทยาลัย หรือมหาวิทยาลัยด้วย Jalur Gemilang ที่ปลิวสะบัดอย่างสง่าผ่าเผย และเราร้องเพลง ‘Negaraku’ ด้วยความกระตือรือร้นและหัวใจที่เร่าร้อน

บางครั้งก็มีชีวิตชีวา บางครั้งก็เรียบง่าย! แต่จิตวิญญาณแห่งความรักชาติด้วยการร้องเพลง ‘Negaraku’ การโบกสะบัดของ Jalur Gemilang และการกล่าว ‘Merdeka, Merdeka, Merdeka’ ยังคงปลุกเร้าแสงแห่งความรักต่อบ้านเกิดของเรา – มาเลเซีย

การปรากฏตัวของแขกรับเชิญประมาณ 50 คน นอกเหนือจากเจ้าหน้าที่ ทำให้เกิดความมีชีวิตชีวาในการเฉลิมฉลองวันชาติของสถานกงสุลใหญ่มาเลเซียครั้งที่ 67 ที่จังหวัดสงขลา ภาคใต้ของประเทศไทย เมื่อวานนี้ในวันที่ 31 สิงหาคม 2567

เป็นเวลากว่า 40 ปีในฐานะนักข่าว นี่เป็นครั้งแรกที่ผม Apa Khabar TV ได้ทำการเฉลิมฉลองวันชาติในต่างประเทศอย่างมีชีวิตชีวา

กงสุลใหญ่ Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi; กงสุล (ธุรการ การเงิน และกงสุล), Sohaimi Ahmad; เจ้าหน้าที่ระดับสูงในเครื่องแบบและข้าราชการ มีความเป็นมิตรในการต้อนรับและให้ความเป็นกันเองแก่แขก รวมทั้งชาวไทยด้วย

งานเริ่มต้นด้วยการรวมตัวบริเวณสำนักงานกงสุลใหญ่ก่อนสวดมนต์

ตามด้วยพิธียก Jalur Gemilang การร้องเพลง ‘Negaraku’, ‘Tanggal 31’ และเพลง ‘Jalur Gemilang’ ตามด้วยการกล่าวคำปฏิญาณ Rukun Negara ก่อนถ่ายรูปและงานเลี้ยง

เมื่อ Ahmad Fahmi กล่าวสุนทรพจน์ในงานเฉลิมฉลอง เขาได้เชิญผู้ฟังให้ร้อง ‘Merdeka… Merdeka… Merdeka’ อีกครั้ง

ในสุนทรพจน์ของเขา เขาได้เชิญชวนชาวมาเลเซียให้ชื่นชมความสำเร็จและความเจริญรุ่งเรืองที่เกิดขึ้นมาจนถึงทุกวันนี้อันเป็นผลมาจากเอกราชของประเทศ

“เราสามารถเอาชนะปัญหาและวิกฤตต่างๆ ได้ด้วยจิตวิญญาณแห่งความสามัคคีและความรักต่อประเทศที่แสดงโดยชาวมาเลเซียทุกระดับ

“เราจะต้องร่วมมือกันรักษาความสามัคคีต่อไป ความสามัคคีเป็นกุญแจหลักเพื่อให้ความหวังของประชาชนสมหวังและเป็นจริง

“เราจำเป็นต้องยังคงแข็งแกร่งเพื่อดำเนินการทุกรูปแบบของความก้าวหน้าและความทันสมัยที่มีรากฐานมาจากความยั่งยืนของวัฒนธรรมของประเทศตามที่ประดิษฐานอยู่ในรัฐธรรมนูญของรัฐบาลกลาง” เขากล่าว

Ahmad Fahmi กล่าวว่า ธีมของวันชาติปีนี้คือ Madani Jiwa Merdeka ของมาเลเซีย

“Malaysia Madani เป็นเสาหลักของความเจริญรุ่งเรืองและความก้าวหน้าของประเทศ ในขณะที่จิตวิญญาณแห่งความเป็นอิสระ แสดงออกถึงอิสรภาพของประชาชน จากองค์ประกอบเชิงลบใดๆ ในจิตวิญญาณแห่งความรักชาติ ผ่านแง่มุมของการคิด การบูรณาการ และเศรษฐกิจ

“สิ่งนี้ยังก่อให้เกิดความสามัคคีที่เข้มแข็ง ความสามัคคี และก้าวหน้าของประชาชน” เขากล่าวพร้อมย้ำเตือนว่าข้อตกลงและความร่วมมือของทุกฝ่ายยังคงเป็นจุดแข็งสำหรับมาเลเซีย

Leave a Reply

Trending