
Jawatankuasa Undang-undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand menggesa Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) memindahkan pusat pemeriksaan yang banyak didirikan di tiga wilayah Selatan Thai, ke kawasan yang lebih jauh daripada penempatan penduduk.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan yang juga Ahli Parlimen Narathiwat (Kawasan 5), Kamonsak Leewamoh membuat gesaan itu kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini ke atas pusat pemeriksaan itu yang turut akan melibatkan penduduk setempat.
Menurutnya, pernah berlaku serangan ke atas pusat pemeriksaan berdekatan penempatan penduduk yang dikendalikan pasukan keselamatan, khususnya tentera.

“Apabila pusat pemeriksaan itu diserang, penduduk juga turut bimbang keselamatan mereka. Bulan lepas terdapat letupan besar di sebuah pusat pemeriksaan.
“Nampaknya wamai isi rumah di kawasan itu ketakutan, tidak dapat tidur, manakala kanak-kanak pula menangis ketakutan apabila mendengar letupan,” katanya.
Sehubungan itu, Kamonsak Leewamoh yang lebih dikenali sebagai Wan Johan dalam kalangan penduduk Selatan Thai meminta ISOC menyemak semula kedudukan pusat pemeriksaan yang terletak berdekatan rumah penduduk, sekolah.
“Terdapat juga satu pusat pemeriksaan di kawasan perbandaran Ton Sai menuju ke bandar Narathiwat. Berlaku tidak kurang tujuh kali serangan, termasuk pengeboman.
“Bahagian belakang pusat pemeriksaan itu… di sebelah timur… bersebelahan dengan dua buah rumah penduduk kampung, di sebelah barat pula bersebelahan dengan sebuah sekolah. Bulan lepas terdapat letupan besar di pusat pemeriksaan ini.
“Pindahkan pusat pemeriksaan itu jauh sedikit daripada penempatan penduduk. Pusat pemeriksaan itu didirikan untuk menjamin keselamatan… tetapi penduduk rasa tidak selamat jika berdekatan rumah mereka,” katanya lagi.
Wan Johan juga sekali lagi menegaskan bahawa anggota pasukan keselamatan yang melakukan sekatan jalan raya di tiga wilayah Selatan Thai hanya boleh meminta kad pengenalan penduduk untuk melihatnya dan meneliti butirannya, bukan merakam gambar kad berkenaan.
Apa lagi rakaman gambar kad pengenalan itu dilakukan oleh anggota pasukan keselamatan, sama ada polis atau tentera, menggunakan telefon bimbit peribadi, katanya.

ภาคใต้ของประเทศไทย: ย้ายจุดตรวจทหารออกจากชุมชน ส.ส. กล่าว
คณะกรรมการกฎหมาย ยุติธรรม และสิทธิมนุษยชน รัฐสภาไทย เรียกร้องให้ศูนย์ปฏิบัติการความมั่นคงภายในราชอาณาจักร (กอ.รมน.) ย้ายจุดตรวจที่จัดตั้งขึ้นใน 3 จังหวัดภาคใต้ของไทย ไปยังพื้นที่ห่างไกลจากพื้นที่ที่มีประชากรอาศัยอยู่
กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ ประธานคณะกรรมการซึ่งเป็น ส.ส. นราธิวาส (เขต 5) ได้ย้ำเพราะกังวลว่าจะมีเหตุการณ์ไม่พึงประสงค์เกิดขึ้นที่ด่าน ซึ่งคนในพื้นที่อาจเข้าไปเกี่ยวข้องประสบเหตุด้วย
ตามที่เขาพูด มีการโจมตีจุดตรวจใกล้กับย่านที่อยู่อาศัยที่ดำเนินการโดยกองกำลังรักษาความปลอดภัย โดยเฉพาะทหาร
“เมื่อจุดตรวจถูกโจมตี ชาวบ้านก็กังวลเรื่องความปลอดภัยเช่นกัน เมื่อเดือนที่แล้วมีเหตุระเบิดครั้งใหญ่ที่จุดตรวจ
“ดูเหมือนว่าหลายครัวเรือนในพื้นที่จะหวาดกลัว นอนไม่หลับ ขณะที่เด็กๆ ร้องไห้ด้วยความกลัวเมื่อได้ยินเสียงระเบิด” เขากล่าว
กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ หรือที่รู้จักกันดีในนามว่า แวยูแฮ ในหมู่ชาวไทยมุสลิมภาคใต้ ขอให้ กอ.รมน. ทบทวนจุดตรวจที่ตั้งอยู่ใกล้กับบ้านของชาวบ้านและโรงเรียน
“ยังมีด่านตรวจที่ เทศบาลตำบลต้นไทร มุ่งหน้าสู่เมืองนราธิวาส มีเหตุโจมตีไม่ต่ำกว่า 7 ครั้ง รวมทั้งวางระเบิดด้วย
“หลังด่าน…ฝั่งตะวันออก…มีบ้านชาวบ้านสองหลัง ฝั่งตะวันตก เป็นโรงเรียน เมื่อเดือนที่แล้วมีระเบิดใหญ่ที่ด่านนี้”
“ย้ายจุดตรวจให้ห่างจากถิ่นฐานของประชาชนหน่อย จุดตรวจดังกล่าวก่อตั้งขึ้นเพื่อรับประกันความปลอดภัย แต่ประชาชนรู้สึกไม่ปลอดภัยหากอยู่ใกล้กับบ้านของตน” เขากล่าวเสริม
แวยูแฮ ยังย้ำอีกว่า สมาชิกของกองกำลังรักษาความปลอดภัยที่ดำเนินการตั้งด่านปิดถนนใน 3 จังหวัดภาคใต้ของไทย สามารถขอเพียงบัตรประจำตัวประชาชนเพื่อตรวจสอบและตรวจสอบรายละเอียดเท่านั้น ไม่ใช่ถ่ายรูปบัตร
ยิ่งไปกว่านั้น การบันทึกภาพถ่ายบัตรประจำตัวประชาชนยังดำเนินการโดยสมาชิกของกองกำลังความมั่นคง ไม่ว่าจะเป็นตำรวจหรือทหาร โดยใช้โทรศัพท์มือถือส่วนตัว เขากล่าว







Leave a Reply