Seramai 32 penyelam sularelawan telah membuktikan mereka bukan melakukan kerja gila atau sia-sia, apabila berjaya mengeluarkan kira-kira 37 kilogram sampah sarap dari dasar laut pada 22 Jun 2024 lalu.

Program antarabangsa Dive Against Debris (DAD) di Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu itu adalah fasa pertama musim monsun September tahun lalu.

Debri adalah segala bentuk barang buangan yang dicampakkan ke laut dan mendap sebagai sampah sarap.

Rakaman video dibuat oleh Nur Saifullah Noor Azahar

Dalam program anjuran Yayasan Salam Malaysia (SALAM), Black Eye Scuba Team (BEST) dan Pejabat Daerah Besut itu, penyelam mengambil masa 45 minit sebelum kehabisan oksigen untuk mengeluarkan pelbagai sampah sarap di dasar laut.

Program berkenaan antara lain bertujuan menyedarkan masyarakat mengenai pemuliharaan laut dan penjagaan alam semula jadi.

Penyelam juga menemui beberapa pukat hantu (ghost nets) termasuk satu daripadanya sepanjang sembilan meter dan dipercayai seberat satu tan metrik.

Bagaimanapun, pukat itu tidak boleh dinaikkan kerana ia memerlukan operasi khas yang lengkap dengan ‘winch boat’ untuk menariknya ke daratan.

Ketika penyelam bekerja keras di dasar laut, seramai 120 lagi sukarelawan, termasuk dari luar negara mengambil bahagian dalam kerja pembersihan pantai Long Beach di pulau peranginan itu.

Mereka mengutip kira-kira 79.24 kilogram sampah di pantai itu.

Semua sukarelawan kemudian menyantuni murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian di Kampung Nelayan sambil memberi penerangan mengenai pentingnya menjaga laut supaya sentiasa bersih.

Pada pagi keesokannya, sekali lagi semua 152 sukarelawan termasuk 32 penyelam berkenaan menjalankan kerja pembersihan pantaidan mengutip 99.61 kilogram sampah.

VIDEO PENUH KLIK DI BAWAH

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading