Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengumumkan pelantikan empat akademia ke jawatan Profesor sebagai mengiktiraf kepakaran mereka dalam bidang masing-masing.

Majlis pelantikan yang diadakan di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah itu disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

Dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (META), Prof Dr Nor Hasbiah Ubaidullah dilantik sebagai profesor, mengiktiraf sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang komputeran dan teknologi meta.

Sementara itu, dari Fakulti Sains dan Matematik (FSM), empat lagi tokoh akademik diberi penghormatan yang sama iaitu Prof Dr Nor Azlan Nafiah, Prof Dr Rosmilah Misnan, Prof Dr Azmi Mohamed, dan Prof Dr Haniza Hanim Mohd Zain.

Dr Md Amin dalam ucapan penghargaannya berkata, majlis diadakan bertujuan bukan sahaja untuk meraikan pencapaian peribadi tokoh-tokoh akademik ini, tetapi juga untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan penyelidikan pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Prof Md Amin menyampaikan surat pelantikan kepada Prof Dr Azmi Mohamed yang juga Pengarah Jabatan Strategik UPSI.

โ€œPengiktirafan ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademik di UPSI untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing, โ€œ katanya.

Majlis pelantikan itu, katanya, selain satu pengiktirafan, malah menyediakan platform untuk para profesor berkongsi pengalaman dan visi mereka dalam memajukan pendidikan tinggi.

Katanya, ia termasuk strategi untuk meningkatkan kualiti penyelidikan, memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui ilmu dan kepakaran yang dimiliki.

โ€œMajlis Perlantikan Profesor di UPSI adalah satu langkah penting dalam menghargai dan mempromosikan budaya kecemerlangan akademik dan diharapkan profesor yang dilantik akan terus memberikan sumbangan bermakna kepada universiti dan masyarakat keseluruhannya,โ€ katanya.

Akademia UPSI yang dilantik, katanya, diyakini memiliki nilai dan ciri-ciri akademia yang โ€œBudimanโ€ (Budi Ilmu dan Iman) selaras dengan moto universiti sejak penubuhannya iaitu โ€œPengetahuan Suluh Budiman โ€œ dan universiti sebagai Ibu Kandung Suluh Budiman.


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin.

Kit SPM program empowerNCER Akademik Perak pertingkat prestasi akademi

Langkah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan Kerjasama UPSI memberi kit pembelajaran kepada 31 sekolah di Perak mampu meningkat motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih tekun.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata edaran kit menerusi program empowerNCER Akademik Perak yang dilaksanakan itu ternyata memberi impak terhadap prestasi pendidikan murid Orang Asli.

Beliau berkata, program yang mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah program pembangunan insan bertujuan memajukan pendidikan di Perak, termasuk untuk pelajar Orang Asli.

โ€œKami menyasarkan murid yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebanyak 31 sekolah menengah yang membabitkan 1,800 murid terpilih menyertai program berkenaan baru-baru ini,โ€ katanya.

Penyerahan Kit SPM di SMK Saint Anthony, Teluk Intan.

Katanya, sembilan daerah yang terlibat dalam program itu iaitu Muallim, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Perak Tengah, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kinta.

Penyerahan kit SPM dibuat sebelum pelajar menduduki peperiksaan SPM di sekolah terpilih dan inisiatif ini dilaksanakan bagi memberi semangat kepada murid dalam penyediaan awal peperiksaan.

Selain daripada penyerahan kit SPM, pihak penyedia perkhidmatan juga telah berkongsi tip dalam menduduki SPM yang dikongsikan di laman sesawang TikTok empowerNCER Akademik Perak.

โ€œTernyata semangat dan keprihatinan daripada pihak empowerNCER Akademik untuk murid yang menduduki SPM 2023 lalu berkesan dalam usaha meningkatkan prestasi pembelajaran mereka”.

Penyerahan tersebut diberikan oleh pegawai lapangan bagi sembilan daerah ke 31 buah sekolah yang terpilih menyertai program empowerNCER Akademik sempena majlis Restu Ilmu.

โ€œKepada anak-anak yang bakal menduduki SPM pada 2024 pula, saya berharap mereka juga akan mencapai kejayaan demi masa depan selain berusaha dengan gigih,โ€ katanya.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading