
PADA 5 April 2016, laman web Thailand, Royal Gazette, menerbitkan Perintah Majlis Kebangsaan untuk Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) [Perintah NCPO No. 14/2016] yang menubuhkan jawatankuasa penasihat bagi pentadbiran dan pembangunan wilayah sempadan selatan.
Ia juga melibatkan penugasan kuasa Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC).
Perintah menubuhkan jawatankuasa penasihat untuk pentadbiran dan pembangunan wilayah sempadan selatan terdiri daripada tidak lebih daripada 60 orang. Jawatankuasa itu akan menggantikan Jawatankuasa Penasihat Pusat Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), yang dianggotai oleh penduduk tempatan yang dipilih dalam kalangan masyarakat.
Perintah itu juga menyatakan bahawa Setiausaha SBPAC hendaklah mengambil nasihat daripada sekretariat ISOC.
NCPO sebenarnya diperkenalkan oleh junta tentera selepas rampasan kuasa pada 22 Mei 2014 yang menjatuhkan kerajaan demokrasi Yingluck Shinawatra. NCPO yang dianggotai oleh semua cabang angkatan tentera dan polis dilihat memberi kuasa penuh kepada tentera untuk mengambil sebarang tindakan di Selatan Thai.
Perintah berkenaan terus terpakai ke atas rakyat Thailand, sehingga sekarang, dengan penguatkuasaannya kini lebih tertumpu di tiga wilayah Selatan Thai – Yala, Pattani dan Narathiwat – serta empat daerah di wilayah Songkhla.
Melalui Perintah NCPO No. 14/2016 itu juga, boleh dilihat banyak sekatan jalan raya dan pos keselamatan didirikan di seluruh wilayah berkenaan, sehingga penduduk tempatan yang 85 peratus adalah Melayu-Islam, beranggapan mereka diperintah oleh tentera, bukannya kerajaan awam.

Perintah NCPO juga memberikan ISOC – sebuah unit dalam tentera – bidang kuasa ke atas agensi awam, mengakibatkan pertembungan kuasa dan kekurangan kerjasama untuk menyelesaikan sebarang masalah.
Februari lalu, media Thailand melaporkan bahawa Parlimen negara itu sebulat suara, pada dasarnya meluluskan draf rang undang-undang untuk membatalkan perintah dikeluarkan oleh NCPO berkaitan pengurangan penyertaan orang ramai secara menyeluruh di Selatan Thai.
Namun, Suruhanjaya Khas Mempertimbangkan Pendidikan untuk Mempromosikan Keamanan di Wilayah Sempadan Selatan Thailand menggesa kerajaan pimpinan Srettha Thavisin untuk menggantung atau memansuhkan terus keseluruhan Perintah NCPO kerana dilihat menghalang penyertaan rakyat dalam isu keamanan dan perdamaian.
Pengerusi suruhanjaya itu, Chaturon Chaisang meringkaskan laporan jawatankuasa itu yang menggesa kerajaan merangka akta untuk menamatkan Perintah NCPO 14/2016, kerana ia telah membuka ruang untuk tentera mengawal masalah di Selatan Thai selama 10 tahun, selain menyekat penyertaan rakyat.
Cadangan beliau bertepatan dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama kali Ke-10 Kumpulan Kerja Bersama Proses Dialog Damai (JWG-PDP) Wilayah Sempadan Selatan Thailand antara Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thai (PEDP/RTG) dan Jabatan Teknikal Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) – pergerakan kebebasan yang mewakili penduduk Selatan Thai dan kumpulan bersenjata.
Mesyuarat kedua-dua pihak di Kuala Lumpur, dengan Malaysia menjadi fasilitator, turut bersetuju untuk melaksanakan program perbincangan awam yang melibatkan tiga konsultasi iaitu konsultasi sepihak; konsultasi awam bersama di antara BRN dan PEDP/RTG; dan memberi peluang kepada CSO dan NGO di lapangan untuk mengadakan konsultasi awam secara rutin supaya rakyat dapat memahami proses damai itu.
Terdahulu, Chaturon yang juga Ahli Parlimen Thailand daripada parti kerajaan, Pheu Thai Party, mengadakan siri lawatan ke tiga wilayah Selatan Thailand – Pattani, Yala dan Narathiwat – di mana Pesuruhjaya Keamanan Sempadan Selatan mengadakan pertemuan dengan pelbagai peringkat penduduk, termasuk guru, pelajar universiti, orang ramai dan kakitangan kerajaan.
Semua pendapat yang diberikan dalam pertemuan itu dikumpul sebelum satu laporan cadangan strategik ke arah mencapai keamanan di Selatan Thai disediakan untuk dibentangkan kepada Dewan Rakyat serta kerajaan.
Dalam kenyataan di laman Facebook peribadinya kelmarin, Chaturon berkata selama 3 bulan beliau bekerjasama dengan ahli jawatankuasa suruhanjaya itu untuk mencadangkan draf rang undang-undang bagi menamatkan perintah NCPO berkenaan.

“Suruhanjaya membuat 6 cadangan, termasuk menghidupkan semula Majlis Penasihat bagi menyokong proses dialog damai Selatan Thai,” katanya.
Enam cadangan itu ialah:
- Jemaah Menteri hendaklah mempertimbangkan untuk meminda draf akta itu seperti berikut:
Penguatkuasaan Perintah NCPO No. 14/2016 berkaitan Jawatankuasa Penasihat Pusat Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) dan menentukan kuasa serta tugas ISOC, bertarikh 4 April 2016, hendaklah digantung, selain mewujudkan Majlis Penasihat bagi proses damai.
Berdasarkan Seksyen 44 Perlembagaan Kerajaan Thailand (Versi Sementara) 2014 menetapkan bahawa akan ada Jawatankuasa Penasihat bagi SBPAC untuk bertindak bagi pihaknya. Mekanisme dan kuasa ini tidak mencerminkan prinsip penyertaan awam di wilayah sempadan selatan.
Ia juga memainkan peranan dan kuasa yang tidak konsisten dengan situasi dan keperluan untuk menyelesaikan masalah dan membangunkan wilayah sempadan selatan.
“Di samping itu, Perintah NCPO No. 14/2016 juga mentakrifkan peranan ISOC, yang mempunyai kuasa penuh ke atas SBPAC dan agensi perkhidmatan awam, selain meluaskan peranan dan kuasa ISOC yang terlibat dalam pencegahan bencana dan misi bantuan secara lebih meluas.
Keadaan ini mewujudkan halangan dalam menyelesaikan masalah pentadbiran dan pembangunan di wilayah sempadan selatan, dan menjejaskan proses mencapai perdamaian. Ini kerana terdapat syarat dan had penyertaan awam yang mengekang.
Perintah NCPO No. 14/2016 itu juga mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap proses mewujudkan keamanan dan pembangunan kawasan serta merupakan pertindihan tugas dengan agensi kerajaan yang mempunyai kuasa dan tugas yang sah.
Oleh itu, ia tidak sesuai untuk menyelesaikan masalah dan tidak konsisten dengan semangat Akta Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan, B.E. 2010. Ia adalah alasan yang sesuai untuk membatalkan perintah Perintah NCPO No. 14/2016.

- Perdana Menteri mesti menyokong SBPAC dalam menyusun semula organisasinya dengan memastikan pentadbir dan pengendali yang mempunyai pengetahuan dan memahami proses kerja orang ramai, selain memperuntukkan sumber yang diperlukan untuk menyokong kerja Majlis Penasihat.
- SBPAC perlu mempertimbangkan untuk mencalonkan Ahli Majlis Penasihat menurut Akta Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan 2010 dengan melihat sama ada terdapat kekurangan wakil daripada mana-mana sektor dan mengambil kira penyertaan seimbang antara wanita, lelaki, dan belia.
- SBPAC harus mempertimbangkan untuk menyegerakan penyediaan peraturan-peraturan yang perlu dan penting untuk melaksanakan tugas-tugas Majlis Penasihat mengikut garis panduan ditetapkan.
- Perdana Menteri harus menggalakkan Pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN) melantik wakil daripada Majlis Penasihat SBPAC mengambil bahagian sebagai komponen kumpulan perbincangan keamanan untuk wilayah sempadan di semua peringkat. Ini adalah mekanisme penting untuk mendengar suara rakyat dalam konsultasi awam bagi membina keamanan.
- Kabinet harus mempertimbangkan untuk meminda dan menambah Akta Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan B.E. 2010 supaya selaras dengan hala tuju menyelesaikan masalah dan membangunkan wilayah sempadan selatan dalam keadaan semasa dan menyokong perubahan pada masa depan.
________________________________________________________
เมื่อวันที่ 5 เมษายน 2559 เว็บไซต์ราชกิจจานุเบกษาเผยแพร่คำสั่งคณะรักษาความสงบแห่งชาติ (คสช.) [คำสั่งคสช. ฉบับที่ 1/2559] ที่ 14/2559 ได้จัดตั้งคณะกรรมการที่ปรึกษาการบริหารและพัฒนาพื้นที่ชายแดนภาคใต้
นอกจากนี้ยังเกี่ยวข้องกับการมอบหมายอำนาจให้ศูนย์ปฏิบัติการการรักษาความมั่นคงภายใน (กอ.รมน.) ด้วย
คำสั่งจัดตั้งคณะกรรมการที่ปรึกษาการบริหารและพัฒนาพื้นที่ชายแดนภาคใต้จำนวนไม่เกิน 60 คน คณะกรรมการจะเข้ามาแทนที่คณะกรรมการที่ปรึกษาศูนย์บริหารและการพัฒนาภูมิภาคชายแดนภาคใต้ (ศอ.บต.) ซึ่งประกอบด้วยประชาชนในพื้นที่ที่ได้รับเลือกจากชุมชน
คำสั่งยังระบุให้เลขาธิการ ศอ.บต. รับคำแนะนำจากสำนักงานเลขาธิการ กอ.รมน. ด้วย
จริงๆ แล้ว คสช. ได้รับการแนะนำโดยรัฐบาลทหารหลังรัฐประหารเมื่อวันที่ 22 พฤษภาคม 2557 ซึ่งโค่นล้มรัฐบาลประชาธิปไตยของยิ่งลักษณ์ ชินวัตร คสช. ซึ่งประกอบด้วยกองทัพและตำรวจทุกสาขา ถือเป็นการให้อำนาจเต็มที่แก่กองทัพในการปฏิบัติการใดๆ ในภาคใต้ของประเทศไทย
คำสั่งดังกล่าวยังคงบังคับใช้กับพลเมืองไทยจนถึงขณะนี้ โดยขณะนี้การบังคับใช้มีผลบังคับใช้ใน 3 จังหวัดภาคใต้ของไทย ได้แก่ ยะลา ปัตตานี และนราธิวาส รวมถึง 4 อำเภอในจังหวัดสงขลา
ผ่านคำสั่ง คสช. ที่ 14/2559 นอกจากนี้ จะเห็นได้ว่ามีการตั้งด่านและด่านรักษาความปลอดภัยหลายแห่งทั่วภูมิภาค ทำให้ประชากรในพื้นที่ ร้อยละ 85 เป็นชาวมลายู-มุสลิม คิดว่าตนถูกปกครองโดยทหาร ไม่ใช่รัฐบาลพลเรือน .
คำสั่ง คสช. ยังให้ กอ.รมน. ซึ่งเป็นหน่วยงานในกองทัพมีอำนาจเหนือหน่วยงานพลเรือน ส่งผลให้เกิดการปะทะกันของอำนาจและขาดความร่วมมือในการแก้ไขปัญหาใดๆ
เมื่อเดือนกุมภาพันธ์ที่ผ่านมา สื่อไทยรายงานว่าโดยหลักการแล้วรัฐสภาของประเทศมีมติเป็นเอกฉันท์อนุมัติร่างพระราชบัญญัติยกเลิกคำสั่งของคสช. เกี่ยวกับการลดการมีส่วนร่วมของประชาชนในภาคใต้โดยรวม
อย่างไรก็ตาม คณะกรรมการพิเศษพิจารณาการศึกษาเพื่อส่งเสริมสันติภาพในพื้นที่ชายแดนภาคใต้ ได้เรียกร้องให้รัฐบาลที่นำโดยเศรษฐา ทวีสิน ระงับหรือยกเลิกคำสั่ง คสช. ทั้งหมดโดยตรง เนื่องจากถูกมองว่าเป็นการขัดขวางการมีส่วนร่วมของประชาชนในประเด็นสันติภาพและการปรองดอง
จาตุรนต์ ฉายแสง ประธานคณะกรรมาธิการ กล่าวสรุปรายงานของคณะกรรมการที่เรียกร้องให้รัฐบาลร่างพระราชบัญญัติยุติคำสั่ง คสช. ที่ 14/2559 เนื่องจากได้เปิดทางให้กองทัพควบคุมปัญหาภาคใต้มาเป็นเวลา 10 ปีแล้ว นอกจากนี้ เพื่อจำกัดการมีส่วนร่วมของประชาชน
ข้อเสนอของเขาเกิดขึ้นพร้อมกับการตัดสินใจของการประชุมคณะกรรมการด้านเทคนิคร่วมครั้งที่ 10 ของคณะทำงานร่วมกระบวนการเจรจาสันติภาพ (JWG-PDP) เขตชายแดนภาคใต้ของประเทศไทย ระหว่างคณะเจรจาสันติภาพของรัฐบาลไทย (PEDP/RTG) และ กรมเทคนิค แนวร่วมปฏิวัติแห่งชาติมลายูปัตตานี (BRN) ) – ขบวนการเสรีภาพที่เป็นตัวแทนของประชากรและกลุ่มติดอาวุธภาคใต้ของไทย
คณะกรรมาธิการได้เสนอข้อเสนอแนะ 6 ประการ รวมถึงการฟื้นฟูสภาที่ปรึกษาเพื่อสนับสนุนกระบวนการเจรจาสันติภาพภาคใต้ของไทย” เขากล่าว
คำแนะนำ 6 ประการคือ:
ให้คณะรัฐมนตรีพิจารณาแก้ไขร่างพระราชบัญญัติดังต่อไปนี้
การบังคับใช้คำสั่งคสช.ที่ ที่ 14/2559 เกี่ยวกับคณะกรรมการที่ปรึกษากลางบริหารและพัฒนาพื้นที่ชายแดนภาคใต้ (ศบส.) และการกำหนดอำนาจหน้าที่ของ กอ.รมน. ลงวันที่ 4 เมษายน 2559 สมควรถูกระงับ นอกเหนือจากการจัดตั้งสภาที่ปรึกษาเพื่อ กระบวนการสันติภาพ
ตามมาตรา 44 ของรัฐธรรมนูญแห่งราชอาณาจักรไทย (ฉบับชั่วคราว) พ.ศ. 2557 กำหนดให้มีคณะกรรมการที่ปรึกษาให้ ศอ.บต. ทำหน้าที่แทน กลไกและอำนาจเหล่านี้ไม่ได้สะท้อนถึงหลักการมีส่วนร่วมของประชาชนในพื้นที่ชายแดนภาคใต้
อีกทั้งยังมีบทบาทและอำนาจที่ไม่สอดคล้องกับสถานการณ์และความจำเป็นในการแก้ไขปัญหาและพัฒนาพื้นที่ชายแดนภาคใต้
“นอกจากนี้ คำสั่งคสช.ที่. ฉบับที่ 14/2559 ยังกำหนดบทบาทของ กอ.รมน. ซึ่งมีอำนาจเต็มที่เหนือ ศอ.บต. และหน่วยงานบริการสาธารณะ นอกเหนือจากการขยายบทบาทและอำนาจหน้าที่ของ กอ.รมน. ที่เกี่ยวข้องกับภารกิจป้องกันและบรรเทาสาธารณภัยให้กว้างขึ้น
สถานการณ์เช่นนี้สร้างอุปสรรคในการแก้ไขปัญหาการบริหารและการพัฒนาในพื้นที่ชายแดนภาคใต้และส่งผลกระทบต่อกระบวนการบรรลุสันติภาพ เนื่องจากมีเงื่อนไขและข้อจำกัดในการมีส่วนร่วมของประชาชน
คำสั่ง คสช. ที่ 14/2559 ยังลดความไว้วางใจของประชาชนในกระบวนการสร้างสันติภาพและการพัฒนาพื้นที่และเป็นการซ้ำซ้อนหน้าที่กับหน่วยงานของรัฐที่มีอำนาจหน้าที่โดยชอบด้วยกฎหมาย
จึงไม่เหมาะที่จะแก้ไขปัญหาและไม่สอดคล้องกับเจตนารมณ์ของพระราชบัญญัติการบริหารดินแดนชายแดนภาคใต้ พ.ศ. พ.ศ. 2553 เป็นเหตุอันควรยกเลิกคำสั่งคสช.ที่ 14/2016.
นายกรัฐมนตรีต้องสนับสนุน ศอ.บต. ในการจัดองค์กรใหม่โดยจัดให้มีผู้บริหารและผู้ปฏิบัติงานที่มีความรู้ความเข้าใจกระบวนการทำงานสาธารณะ ตลอดจนจัดสรร ทรัพยากรที่จำเป็นเพื่อสนับสนุนการทำงานของสภาที่ปรึกษา
ศอ.บต. ควรพิจารณาเสนอชื่อสมาชิกสภาที่ปรึกษาตามพระราชบัญญัติการบริหารส่วนภูมิภาคชายแดนภาคใต้ พ.ศ. 2553 โดยพิจารณาว่ายังขาดผู้แทนจากภาคส่วนใดหรือไม่ และคำนึงถึงการมีส่วนร่วมที่สมดุลระหว่างสตรี ผู้ชาย และเยาวชน
ศอ.บต. ควรพิจารณาเร่งจัดทำระเบียบที่จำเป็นและสำคัญในการปฏิบัติหน้าที่ของคณะที่ปรึกษาตามแนวทางที่กำหนด
นายกรัฐมนตรีควรส่งเสริมให้สำนักงานสภาความมั่นคงแห่งชาติ (สมช.) แต่งตั้งตัวแทนจากสภาที่ปรึกษา ศอ.บต. เพื่อเข้าร่วมเป็นคณะสนทนาสันติภาพพื้นที่ชายแดนทุกระดับ นี่เป็นกลไกสำคัญในการรับฟังเสียงของประชาชนในการปรึกษาหารือสาธารณะเพื่อสร้างสันติภาพ
คณะรัฐมนตรีควรพิจารณาแก้ไขและเพิ่มเติมพระราชบัญญัติการบริหารพื้นที่ชายแดนภาคใต้ พ.ศ. พ.ศ. 2553 เพื่อให้สอดคล้องกับทิศทางการแก้ไขปัญหาและพัฒนาพื้นที่ชายแดนภาคใต้ในสถานการณ์ปัจจุบันและรองรับการเปลี่ยนแปลงในอนาคต






Leave a Reply