KABINET Thailand pada 28 Mei lalu meluluskan kemasukan ‘tanpa visa’ atau mendapatkan visa ketika ketibaan kepada 93 negara, termasuk Malaysia bagi merancakkan lagi sektor pelancongan dan ekonomi negara itu.

Jurucakap kerajaan, Chai Watcharong berkata, langkah baharu itu termasuk pemberian visa 60 hari kepada warga asing dari 93 negara, meningkat daripada 57 negara sebelum ini dan ianya bermula awal bulan ini.

Langkah itu juga katanya akan menambah lagi bilangan pelawat yang boleh memohon visa semasa ketibaan, atau visa yang pemegang pasport boleh memohon di pusat pemeriksaan imigresen di Thailand, tanpa perlu memohon terlebih dahulu dan boleh melanjutkan penginapan sehingga 60 hari berbanding 30 hari sebelum ini.

Bagi kumpulan pekerja asing atau ahli perniagaan, visa akan dilanjutkan kepada 5 tahun daripada 60 hari sebelum ini.

Bagi pelajar antarabangsa, mereka dibenarkan tinggal di Thailand selama setahun tambahan selepas tamat pengajian. Pada masa yang sama, syarat insurans akan dilonggarkan untuk warga asing yang ingin tinggal di Thailand selepas bersara.

Sektor pelancongan dianggap sebagai bahagian penting dalam memacu ekonomi dan pekerjaan di Thailand.

Dari Januari hingga 26 Mei lalu, 14.3 juta pelancong telah melawat ke negara itu.

Kerajaan Thailand menjangkakan sehingga 40 juta pelancong asing akan melawat negara itu tahun ini sekali gus membantu menjana pendapatan kira-kira 3.5 trilion baht.

Tahun lalu, rakyat Malaysia mendahului senarai pelawat antarabangsa ke Thailand, yang melibatkan lebih 4.56 juta orang.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsuphakijkosol berkata Thailand yang dikenali sebagai ‘The Land of Smiles,’ menerima 28 juta pelawat antarabangsa tahun lepas.

Pelawat asing ini membelanjakan sejumlah 1.2 trilion baht (kira-kira RM161.52 bilion).

Lima warga asing utama yang melawat Thailand terdiri daripada rakyat Malaysia (4.56 juta), China (3.51 juta), Korea Selatan (1.65 juta), India (1.62 juta) dan Rusia (1.48 juta).

Senarai 93 negara yang bebas visa atau boleh memohon visa semasa ketibaan di Thailand ialah:

  1. Kanada
  2. Czech Republic
  3. Denmark
  4. Republic of Estonia
  5. Republic of Finland
  6. Perancis
  7. Jerman
  8. Greece
  9. Hungary
  10. Republic of Iceland
  11. Indonesia
  12. Ireland
  13. Israel
  14. Itali
  15. Jepun
  16. Kuwait
  17. Republic of Latvia
  18. Grand Duchy of Liechtenstein
  19. Lithuania
  20. Luxembourg
  21. Malaysia
  22. Maldives
  23. Mauritius
  24. Monaco
  25. Netherlands
  26. New Zealand
  27. Norway
  28. Oman
  29. Filipina
  30. Poland
  31. Portugis
  32. Qatar
  33. Republic of San Marino
  34. Singapura
  35. Slovak
  36. Slovenia
  37. Sepanyol
  38. Afrika Selatan
  39. Korea
  40. Sweden
  41. Swiss
  42. Türkiye
  43. Ukraine
  44. United Arab Emirates
  45. United Kingdom and Northern Ireland
  46. Amerika Syarikat
  47. Peru
  48. Hong Kong
  49. Vietnam
  50. Arab Saudi
  51. Andorra
  52. Australia
  53. Austria
  54. Belgium
  55. Bahrain
  56. Brazil
  57. Brunei Darussalam
  58. India
  59. Kazakhstan
  60. Malta
  61. Mexico
  62. Papua New Guinea
  63. Romania
  64. Uzbekistan
  65. Taiwan
  66. Bhutan
  67. Bulgaria
  68. Cyprus
  69. Fiji
  70. Georgia
  71. China
  72. Lao
  73. Macau
  74. Mongolia
  75. Russia
  76. Cambodia
  77. Guatemala
  78. Jamaica
  79. Jordan
  80. Kosovo
  81. Maghribi
  82. Panama
  83. Sri Lanka
  84. Trinidad and Tobago
  85. Tonga
  86. Uruguay
  87. Albania
  88. Colombia
  89. Croatia
  90. Cuba
  91. Dominica
  92. Dominican republic
  93. Ecuador.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading