
Wonderpark Melaka, taman tema keluarga tertutup di Melaka, kini sedia untuk dikunjungi selepas projek naik tarafnya baru-baru ini. Sebagai sebuah destinasi pilihan pelancongan bagi keluarga, golongan muda, sekolah dan kumpulan pendidikan, Wonderpark Melaka menyuntik nafas baharu kepada hiburan keluarga dengan menyatukan keseronokan tanpa had dan pembelajaran kreatif bagi semua peringkat umur di Malaysia..
Alami pelbagai aktiviti “Creative-fun” yang dirancang untuk mencetuskan imaginasi dan kreativiti, dengan kegembiraan dan pembelajaran kreatif. Bersempena Tahun Melawat Melaka 2024, Wonderpark Melaka berhasrat mengukuhkan kedudukannya sebagai antara tarikan pelancong yang terbaik di negeri ini, selaras dengan komitmen berterusannya untuk melakukan penambahbaikan dan memperkenalkan permainan serta tarikan baharu.
Wonderpark Melaka menyediakan pelbagai pengalaman interaktif dan mencabar untuk semua. Pada masa ini, ia menawarkan lebih 30 permainan menarik yang direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan setiap ahli keluarga, daripada Giant Playground Section hinggalah ke STEM4D Max Classroom. Projek naik taraf terbarunya juga membawa pelbagai tarikan baharu termasuk Candyworld Selfie Zone, kiosk foto kamera 360°, dan Karaoke Zone yang dipertingkatkan.
“Kami berusaha mewujudkan satu ruang yang bukan sahaja membolehkan seisi keluarga berseronok, tetapi juga memperkayakan minda mereka dengan pengalaman pembelajaran kreatif. Kami komited untuk menyediakan persekitaran selamat, menarik dan praktikal bagi mencetuskan rasa ingin tahu serta memupuk minat belajar dalam kalangan tetamu muda kami,” kongsi Ketua Pemasaran Wonderpark Melaka, Roy Sharul.
Wonderpark Melaka dibuka dari 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Ia menawarkan harga tiket amat berpatutan dari hari Isnin hingga Khamis untuk orang dewasa, iaitu RM25 sahaja. Harga tiket pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah adalah RM30, disertakan lagi dengan baucar percuma yang bernilai RM30 untuk diskaun makanan dan minuman. Lebih menarik lagi, warga emas berumur 65 tahun ke atas boleh menikmati kemasukan percuma pada semua hari dalam seminggu, manakala golongan berkeperluan khas boleh menikmati diskaun 50% bagi harga tiket. Kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun juga boleh menikmati Wonderpark Melaka pada harga yang sangat berpatutan, manakala kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah masuk percuma.
Selain aktiviti-aktiviti hebat, taman tema ini juga menawarkan pelbagai Pakej Hari Jadi yang memberi memori indah untuk hari istimewa si kecil anda — termasuk makanan, hiasan dan hiburan yang disediakan oleh pasukan Wonderpark Melaka. Selain itu, Pakej Lawatan Sambil Belajar juga disediakan untuk para pelajar — termasuk satu tiket masuk, satu hidangan makanan, dan kit pendidikan yang mengandungi silibus untuk aktiviti-aktiviti ilmiah yang berlangsung di sekitar taman itu. Ini bukan sahaja menjanjikan lawatan sehari yang menyeronokkan, tetapi juga bermanfaat untuk pembelajaran mereka.
Tunggu apa lagi? Jom kunjungi Wonderpark Melaka di Lot 2F-2C, 2nd Floor, The Shore Shopping Gallery, Melaka, untuk cuti sekolah yang bermanfaat dan menyeronokkan!




Leave a Reply