ALOR SETAR: Kerajaan Kedah merancang membina jambatan darat atau ‘land bridge’ di kawasan Sanglang, di daerah Kubang Pasu ke wilayah Songkhla di Selatan Thailand, sebagai persediaan menghadapi cabaran ekonomi global 2040.
Ia seiring dengan visi Thailand untuk beralih daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2037, dengan bersetuju memulakan projek jambatan darat sebagai strategi utama untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Projek jambatan darat yang telah pun mendapat kelulusan Kabinet, merupakan komponen asas pelan pembangunan Koridor Ekonomi Selatan (SEC) Thailand, bertujuan untuk menghubungkan Teluk Thailand dengan Laut Andaman dengan lancar menjelang 2039.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kerajaan negeri sudah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu dan secara umumnya bersetuju meluluskan projek pelabuhan laut yang bersambung ke Songkhla melalui Segenting Kra, Thailand.
Menurutnya, projek berkenaan dijangka membabitkan keluasan tanah seluas sekitar 1,600 hektar.
“Kita akan beroleh rahmat daripada projek jambatan darat Kedah-Songkhla kerana ia bermula dengan pelabuhan yang akan dibina di Kedah.
“Projek ini akan beri kesan positif dari aspek infrastruktur selain bakal membawa limpahan ekonomi kepada rakyat negeri ini.
“Difahamkan, laluan jalan ke pelabuhan dari pinggir pantai untuk dibangunkan pelabuhan itu libatkan kawasan seluas 1,600 hektar untuk laluan jalan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Tokai) berkaitan persediaan Kedah apabila Selat Melaka sudah tidak menjadi pilihan utama sekiranya rancangan Thailand membina pelabuhan dan jambatan darat dengan usahasama China berjaya dilaksanakan.
Sanusi berkata, jambatan darat yang dirancang Thailand akan memendekkan laluan pengangkutan barang dagangan di seluruh dunia yang akan melalui Kedah.
“Kedah akan jadi hab pelabuhan pengangkutan selain adanya Lapangan Terbang Antarbangsa Kulim (KXP) atau Kedah Aerotropolis di Sidam, daerah Kulim yang akan dibangunkan dengan pembiayaan swasta sepenuhnya, sama seperti Pelabuhan Sanglang,” ujarnya.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku maklum balas negatif selepas pengumuman tersebut berikutan politik kuno masih diamalkan pihak tertentu.
“Politik kuno ini tak boleh tengok orang lebih daripada mereka, akan mula timbulkan masalah tapi projek ini bukan untuk kepentingan Kedah saja, ia juga beri impak besar kepada negara.
“Selain Sanglang, kita juga akan ada lapangan terbang kargo di Sidam. Saya dengar ada berita gembira akan datang, dalam mesyuarat menteri besar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu, saya bangkitkan perkara ini,” katanya.
Menteri Besar yakin kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan projek jambatan darat di Sanglang dan akan diberikan kelulusan.
“Sesuai dengan keadaan fiskal negara yang kurang memberangsangkan, adalah lebih baik sektor swasta diberikan peluang membangunkan projek berkenaan untuk bantu pembangunan negara dan ekonomi,” katanya.
Sanusi juga berharap Perdana Menteri mempertimbangkan pelaksanaan projek KXP kerana ia dibangunkan dan dibiayai oleh pihak swasta sepenuhnya.
“Kedah akan mendapat rahmat daripada kedua-dua projek berkenaan sekali gus dapat mencapai sasaran dalam The Greater Kedah,” katanya.

รัฐเคดาห์ มีแผนจะสร้างสะพาน จากกุบังปาซูถึงสงขลา
อลอร์สตาร์: รัฐบาลเคดาห์วางแผนที่จะสร้างสะพานที่ดินหรือ ‘สะพานแผ่นดิน’ ในพื้นที่สังลัง ในอำเภอกุบังปาซูไปจนถึงภูมิภาคสงขลาทางภาคใต้ของประเทศไทย เพื่อเตรียมพร้อมสำหรับความท้าทายทางเศรษฐกิจโลกในปี 2583
ซึ่งสอดคล้องกับวิสัยทัศน์ของประเทศไทยที่จะเปลี่ยนจากประเทศที่มีรายได้ปานกลาง ไปสู่ประเทศที่มีรายได้สูงภายในปี พ.ศ. 2580 โดยตกลงที่จะเริ่มโครงการ Land Bridge เพื่อเป็นกลยุทธ์สำคัญในการกระตุ้นการเติบโตทางเศรษฐกิจ
โครงการสะพานที่ดินซึ่งได้รับการอนุมัติจากคณะรัฐมนตรีแล้ว ถือเป็นองค์ประกอบพื้นฐานของแผนพัฒนาระเบียงเศรษฐกิจภาคใต้ (ก.ล.ต.) โดยมีเป้าหมายเพื่อเชื่อมโยงอ่าวไทยกับทะเลอันดามันอย่างราบรื่นภายในปี 2582
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor หัวหน้าคณะรัฐมนตรีของรัฐเกดะห์ กล่าวว่า รัฐบาลของรัฐได้จัดการประชุมเพื่อหารือเกี่ยวกับเรื่องนี้ และโดยทั่วไปตกลงที่จะอนุมัติโครงการท่าเรือน้ำที่เชื่อมต่อกับสงขลาผ่านทาง คอคอดกระ ประเทศไทย
ตามที่เขาพูดโครงการนี้คาดว่าจะเกี่ยวข้องกับพื้นที่ประมาณ 1,600 เฮกตาร์
“เราจะได้ประโยชน์จากโครงการสะพานที่ดินเกดะห์-สงขลา เพราะเริ่มจากท่าเรือที่จะสร้างที่เกดะห์
“โครงการนี้จะมีผลกระทบเชิงบวกจากด้านโครงสร้างพื้นฐาน และจะนำเศรษฐกิจที่ล้นหลามมาสู่ประชาชนในรัฐนี้
“เป็นที่เข้าใจกันว่าถนนสู่ท่าเรือจากชายฝั่งเพื่อพัฒนาท่าเรือนั้นมีพื้นที่ 1,600 เฮกตาร์สำหรับถนน” เขากล่าวในสภานิติบัญญัติแห่งรัฐเคดาห์เมื่อวานนี้
เขากล่าวเช่นนี้เมื่อตอบคำถามของ Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Tokai) เกี่ยวกับการเตรียมการของรัฐ Kedah เมื่อช่องแคบมะละกาไม่ใช่ทางเลือกหลักอีกต่อไป หากแผนของไทยในการสร้างท่าเรือและสะพานทางบกด้วยการร่วมทุนกับจีนประสบผลสำเร็จ .
ซานูซี กล่าวว่าสะพานทางบกที่ประเทศไทยวางแผนจะช่วยลดเส้นทางการขนส่งสินค้าทั่วโลกที่จะผ่านรัฐเคดาห์
“เกดะห์จะกลายเป็นศูนย์กลางท่าเรือขนส่ง นอกเหนือจากสนามบินนานาชาติคูลิม (KXP) หรือสนามบินเคดาห์ในสีดัม ซึ่งจะได้รับการพัฒนาด้วยเงินทุนส่วนตัวเต็มรูปแบบ เช่นเดียวกับท่าเรือสังลัง” เขากล่าว
ตามที่เขาพูด พรรคของเขาไม่ได้ปฏิเสธความเป็นไปได้ที่จะมีการตอบรับเชิงลบหลังจากการประกาศ เนื่องจากการเมืองที่ล้าสมัยยังคงถูกปฏิบัติโดยบางพรรค
“การเมืองแบบเก่านี้ไม่สามารถมองเห็นผู้คนได้มากกว่าพวกเขา มันจะเริ่มก่อให้เกิดปัญหา แต่โครงการนี้ไม่เพียงแต่เพื่อประโยชน์ของเคดาห์เท่านั้น แต่ยังมีผลกระทบอย่างมากต่อประเทศด้วย
“นอกจาก ท่าเรือสังลังแล้ว เราจะมีสนามบินขนส่งสินค้าในเมืองสีดัมด้วย ผมได้ยินมาว่าจะมีข่าวดีมา ในการประชุมระหว่างหัวหน้าคณะรัฐมนตรีกับนายกรัฐมนตรี ดาโต๊ะ เสรี อันวาร์ อิบราฮิม เมื่อเดือนที่แล้ว ผมหยิบเรื่องนี้ขึ้นมา” เขากล่าว
Sanusi มั่นใจว่ารัฐบาลกลางจะพิจารณาโครงการสะพานที่ดินในพื้นที่ท่าเรือสังลังและจะได้รับการอนุมัติ
“จากสถานการณ์การคลังของประเทศที่ไม่ค่อยเอื้ออำนวย เป็นการดีกว่าที่ภาคเอกชนจะได้รับโอกาสพัฒนาโครงการเพื่อช่วยพัฒนาประเทศและเศรษฐกิจ” เขากล่าว
นอกจากนี้เขายังหวังว่านายกรัฐมนตรีจะพิจารณาดำเนินโครงการ KXP เนื่องจากได้รับการพัฒนาและได้รับการสนับสนุนทางการเงินทั้งหมดจากภาคเอกชน
“เคดาห์จะได้รับประโยชน์จากทั้งสองโครงการ และจะสามารถบรรลุเป้าหมายในเดอะเกรตเตอร์เคดาห์ได้” เขากล่าว






Leave a Reply