Pengenalan
Gunung Angsi dengan ketinggian 825 meter (m) dari paras laut merupakan gunung ke tiga tertinggi di Negeri Sembilan. Terletak di daerah Kuala Pilah berkoordinat 2°41’4″N 102°4’6″E .

Salah satu destinasi pendakian bagi penggemar aktiviti lasak tempatan dan negeri lain.

Denai
Terdapat dua denai untuk ke puncak, iaitu melalui Ulu Bendol atau Bukit Putus. Ada juga pendaki yang membuat satu loop dengan memulakan pendakian dari Bukit Putus dan berakhir di Ulu Bendol ataupun sebaliknya.

Salah satu laluan ke puncak Gunung Angsi.

Permit dan pendaftaran
Pendaki perlu mendapatkan permit dan mendaftar sebelum mendaki. Ianya boleh diperoleh daripada kaunter Jabatan Hutan pada hari pendakian. Kaunter yang terletak di kedua-dua titik permulaan dibuka mulai jam 6 pagi hingga 11.30 pagi.

Permit juga boleh dimohon secara online. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk satu permit.

Permit pendakian dan pendaftaran diperlukan bagi memudahkan urusan Jabatan Hutan sekiranya diperlukan.

Pendakian tanpa permit dikira sebagai mencoroboh, dan merupakan satu kesalahan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kurang pasti kumpulan pendaki yang sesat di Gunung Angsi sebelum ini mempunyai permit atau tidak.

Berehat seketika melepaskan penat lelah mendaki Gunung Angsi.

Pendakian
Kebanyakan pendaki memilih titik permulaan dari Bukit Putus. Mungkin kerana jarak pendakian yang pendek dan denai yang mudah dilalui berbanding laluan di Ulu Bendol yang menyajikan cabaran lebih padu.

Dahulu, di awal pendakian pendaki perlu menghadapi cerun yang agak curam. Tetapi kini, tangga konkrit, besi dan kayu dibina bagi memudahkan pendakian.

Selepas tangga-tangga ini, terbentang denai yang lebar lagi landai. Boleh dikatakan kelandaian ini membawa hingga ke puncak.

Sepanjang pendakian, kedengaran suara-suara unggas sahut menyahut menyambut kedatangan pengunjung.

Masa diambil untuk ke puncak bergantung kepada kepantasan masing-masing. Kalau habis santai mungkin dalam dua jam.

Di puncak, pengunjung berpeluang menikmati panorama alam semula jadi yang indah. Bandar Seremban dan kawasan sekitarnya jelas kelihatan.

Perjalanan turun akan melalui denai yang sama. Selalunya masa untuk sampai ke kaki gunung lebih cepat daripada pendakian.

Kemudahan
Di tempat permulaan terdapat kemudahan kawasan letak kenderaan yang luas, tandas yang bersih dan surau yang selesa untuk kegunaan pengunjung. Terdapat juga gerai jualan makanan dan minuman.

Papan tanda Jalan Datok Siamang Gagap di Seremban.

Perang Bukit Putus
Pada 1875, berlaku perang antara wilayah Seri Menanti dengan wilayah Sungai Ujong. Seri Menanti dipimpin oleh Yam Tuan Antah manakala Sungai Ujong dipimpin oleh Datok Kelana.

Ada pun dinamakan Perang Bukit Putus kerana medan pertempuran pertama berlaku di Bukit Putus. Tentera Yam Tuan Antah diketuai oleh Datok Siamang Gagap (namanya diabadikan pada sebatang jalan di Seremban).

Perang tersebut telah memberi peluang kepada pihak British campur tangan dalam pentadbiran Negeri Sembilan.

Sweeper Sepanjang Masa.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading