
Oleh Hariz Haikal
SEPERTI yang kita sedia maklum, isu panas yang viral di semua platfom media pada hari ini ialah berkaitan Israel menentang negara Palestine.
Ini bukan sahaja kali pertama rejim Zionis Israel menyerang negara Palestine bahkan sejak dahulu lagi dan berkali-kali sehinggalah Palestine menjadi kecil dan dirampas oleh Israel.
Akan tetapi, baru-baru ini serangan Zionis terhadap negara Palestine semakin mengganas berbanding peperangan sebelum ini iaitu sejak 7 Oktober lalu.
Ini kerana Amerika Syarikat (AS) turut campur tangan bagi membantu rejim Zionis dari segi senjata, bom dan sebagainya demi menghancurkan bumi Palestine.
Hasilnya, kira-kira 25,000 metrik tan bom telah dilontarkan oleh Zionis ke negara Palestine dalam masa lebih kurang satu bulan hingga menyebabkan banyak kerosakan bangunan seperti hospital, penematan penduduk dan sebagainya.
Ini juga menunjukkan serangan yang paling ganas dalam sejarah dunia dalam masa yang singkat dengan rejim Zionis mampu melontarkan bom melebihi sejarah Hiroshima yakni sebanyak 15,000 metrik tan.
Kekejaman Zionis terhadap Palestine ini amatlah tidak berperikemanusiaan kerana mereka tidak memikirkan rakyat Palestine, sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.

Ramai rakyat Palestine, shahid di bumi berkah itu tanpa mengira umur, sama ada kanak-kanak, orang tua, mahupun remaja.
Pada 8 Januari lalu, Cinta Gaza Malaysia melaporkan bahawa seramai 23,084 rakyat Palestin shahid, dan 59,000 saudara kita yang tercedera di Gaza setakat ini.
Sungguh sedih apabila melihat di media, kebanyakkan kanak-kanak di sana telah kehilangan ibu bapa, menjadikan mereka sekelip mata anak yatim piatu.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sedar dan mengambil perkara ini sebagai isu yang serius kerana perjuangan saudara Muslim kita di Palestine bukanlah sia-sia, bahkan kemenangan telah dijanjikan buat umat Islam.
Jadi, kita juga perlu perbanyakkan doa untuk saudara kita di sana supaya Allah memberikan petunjuk dan kebebasan buat rakyat Palestine.
Sekadar mengingatkan, janganlah kita leka dengan media-media dari Israel yang akan memesongkan pandangan sebaliknya kita perlu melontarkan suara rakyat Palestine di media kerana ia dapat membantu dan membuka mata rakyat seluruh dunia.







Leave a Reply