
Oleh Nurul Zahidah Syahirah binti Ahmad Safiee
SEJAK akhir-akhir ini semakin ramai manusia, termasuk yang beragama Islam, telah kembali membeli dan menggunakan barangan yang menyumbang kepada Israel. Banyak restoran-restoran yang kembali dipenuhi oleh pelanggan.
Mereka seolah-olah sudah mula melupakan amalan boikot fii sabilillah.
Tidakkah kita mampu menilai sendiri kata-kata yang dikeluarkan oleh Presiden Israel iaitu “Orang-orang yang boikot produk kami ini hanya umpama seekor anjing yang akan kembali kepada tuannya apabila mereka lapar”.
Jadi kita harus menyedari dan menilai adakah betul kita diumpamakan seperti itu?
Jika dilihat, apalah sangat untuk menahan keinginan kita berbanding harus membeli dan memakan makanan yang patut diboikot. Banyak lagi barangan yang boleh ditukar kepada jenama lain yang tidak menyumbang kepada Israel, malah baranagan selain dari itu lebih sedap dan lebih murah.
Baru-baru ini juga, McDonald’s Malaysia telah menggugat gerakan boikot Israel dengan menuntut pampasan sebanyak 1.3 juta dolar AS.
Gerakan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia telah digugat Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR), pemegang lesen McDonald’s di negara jiran.
Mereka mendakwa siaran media sosial yang menyeru boikot produk Israel menyebabkan kerugian kepada perniagaan makanan segera mereka.
Namun, pihak BDS Malaysia telah membantah tuduhan tersebut.
Demikian itu, kita sebagai rakyat yang prihatin terhadap situasi di Gaza jangan mudah terpedaya dan harus bertanggungjawab untuk berusaha menghalang segala jenis bantuan yang menyumbang kepada Israel.
Sehingga kini lebih daripada 20,000 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak telah terkorban akibat daripada peperangan antara Israel dan Hamas.
Oleh itu, marilah kita bersama dalam meneruskan amalan memboikot barangan pro-Israel ini.
Teruskanlah usaha ini selagi mampu kerana sekecil-kecil perbuatan kita memberi impak yang besar kepada mereka.
Penulis adalah mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.






Leave a Reply