HAHAHA, dah la tentera regim pengganas Israel masih tergaru-garu mencari jalan membunuh pejuang Hamas, kesukaran ini membawa mereka mengebom penduduk Gaza secara sembrono.

Sementar itu pejuang Houthi Yaman pula telah menunjukkan kepada dunia bagaimana sekumpulan kecil tentera berjaya mengusir tentera Arab Saudi

dan menyekat kemaraan tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) daripada menguasai negara mereka, kini berjaya menakutkan sebuah kapal-kapal dagang sebuah empayar yang melalui Laut Merah.

Selain pejuang Palestin seperti Hamas dan Jihad Islam, mereka juga telah menarik tumpuan dunia dengan menyerang kapal-kapal dagang yang menuju ke pelabuhan Israel melalui Laut Merah.

Mereka telah menunjukkan keberanian, cekal dan komitmen berjuang menentang sebuah kuasa besar dunia. Bayangkan dengan meletakkan peluru berpandu di lokasi-lokasi strategik di laluan kapal paling kritikal sudah cukup mengegarkan ekonomi sejagat dan mengoncang peraturan-peraturan martim yang mereka ciptakan.

Ringkasnya daripada apa yang berlaku, pejuang Houthi telah menunjukkan bahawa seorang Daud a.s dapat menundukkan gergasi seperti Jalut dengan tidak menitis keringat setitis pun namun harus secekal Daud a.s mengekalkan kedudukan mereka di Selat Bab-al-Mandab.

Kedudukan strategik pejuang Houthi yang berada di laluan paling sempit di Laut Merah yang merupakan koridor laluan perkapalan sangat penting di dunia.

Laporan berat sebelah CNN dan mengelirukan mengaitkan pejuang Houthi yang bermahzab Zaidiyah dengan Iran dan menentang pencerobohan daripada negara bermazhah Sunnah.

Berita mereka menyebut pejuang Houthi bertanggungjawab ke atas 12 peratus laluan perkapalan antarabangsa dan hampir 1/3 daripada trafik kontena sejagat.

Ia akan menaikkan insuran premium kapal, kenaikan harga barangan runcit dan kenaikan harga minyak yang mencacak ke bumbung. Itulah sebab kenapa kuasa Barat sangat komitet menjaga laluan perkapalan itu pada setiap masa.

Tidak dinafikan daripada pengalaman berperang dengan Arab Saudi dan UAE, pejuang Houthi telah handal dan mahir dalam megendalikan senjata, taktik perang gerila dan serang hendap sama ada di darat dan di laut.

Memandangkan serangan pejuang Houthi, kapal-kapal dagang yang menuju ke pelabuhan Israel dihentikan. Jika serangan berterusan ia akan membawa malapetaka ekonomi kepada dunia.

Walapun pejuang Houthi mengatakan mereka hanya menyerang kapal-kapal dagang yang menuju ke pelabuhan-pelabuhan di Israel, ia tentunya membuatkan syarikat-syarikat perkapalan lain kecut perut dan menggunakan laluan Tanjung Pengharapan yang jauh itu.

Ia tentunya akan mengambil masa yang panjang dan memaksa kapal-kapal dagang menaikkan harga kargo dan mengubah tarikh dan jaduan perjalanan.

Serangan pejuang Houthi ini akan menyemarakkan lagi inflasi di negara Barat dan memburukan situasi ekonomi.

Pejuang Houthi tidak rugi apa-apa daripada menyerang kapal-kapal dagang itu kerana mereka telah lama berperang.

Berlatar belakang kedudukan Yaman yang tidak stabil pernah menghampiri situasi gawat kemanusiaan dan kebuluran, mereka harus dipuji ke atas keberanian memberikan tekanan kepada pihak Yahudi Zionis supaya menghentikan pengeboman, genosid dan pembersihan etnik ke atas Gaza.

Dari satu segi, tindakan Houthi mencabar hegemoni Amerika Syarikat (AS) dan menjejaskan usaha mereka memusnahkan Gaza dalam mencapai objektif gagasan Israel Raya.

Israel dan AS harus memikirkan keselamatan kapal-kapal dagang mereka yang membawa minyak dan barangan dagangan ke pelabuhan Israel, jika tidak bagaimana hendak bertahan jika barangan keperluan dan minyak mereka tidak sampai ke negara Zionis tersebut.

Ia bukan sahaja menjejaskan ekonomi Israel tetapi memporak peranda ekonomi dan perdagangan sejagat.

Dalam hubungan ini adakah AS ingin berperang dengan Yaman pula?

Setiausaha Lloyd Austin mengumumkan gabungan maritim tujuh negara yang akan memantau laluan di Laut Merah dan mengawasi kapal-kapal mereka.

Gabungan ini terdiri daripada Britian, Kanada, Peranchis, Itali, Belanda, Norway dan Seychelles.

Mengapa AS tidak berunding dengan pihak Houthi dahulu? Adakah Washington memandang rendah sebuah negara seperti Yaman? Media Barat dalam laporannya juga menyebut Houthi sebagai bukan aktor dan satu kumpulan kecil padahal ia mewakilli sebuah negara!

AS seolah-olah tidak mengiktiraf Yaman sebagai sebuah negara yang diserang dua buah negara Teluk. Oleh itu AS membuat pilihan untuk menyerang seolah-olah membantu dua negara tersebut menguasai Yaman.

Media Barat akan membantu menyerang Houthi melalui manipulasi fakta dan propaganda jahat sebelum bertindak menyerang Yaman. Media akan memainkan isu Houthi untuk dikaitkan dengan Iran supaya dunia mengutuk Iran yang berada di belakang Houthi menyerang kapal-kapal dagang Israel dan AS khususnya yang melalui Laut Merah.

Penulis adalah pemerhati geopolitik dan perhubungan antarabangsa dan pembaca Apa Khabat TV.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading