
KEPADA penggemar hiking di daerah Nilai, Negeri Sembilan dan sekitarnya, Bukit Melati sudah tidak asing lagi.
Berketinggian sekitar 144 meter dari paras laut, bukit ini menyajikan pelbagai cabaran kepada yang gemar aktiviti hiking.
Terdiri dari 5 puncak utama, Bukit Melati menjadi tarikan kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk beriadah. Centipide, monkey, eagle, cobra dan mosquito, itulah nama-nama diberi.
Ada juga trail yang tidak mempunyai puncak. Seperti rope dan tangki air. Puncak-puncak ini bersambungan antara satu sama lain melalui denai2 yang siap dibina.
Asalnya lokasi ini dijadikan oleh seorang pengamal perubatan sebagai tempat merawat pesakitnya. Bentuk muka bumi semula jadi yang naik turun menjadikannya sesuai sebagai terapi penyakit. Seperti kencing manis, jantung, lelah, stroke, stress dan banyak lagi. Laluan khusus ditentukan bagi merawat penyakit yang berbeza.
Kini bukit Melati telah menjadi tumpuan hikers setiap hujung minggu dan hari cuti. Bukan saja untuk merawat penyakit, tetapi untuk berbagai tujuan.

Ada yang menjadikan nya sebagai training ground sebelum ke cabaran lebih besar, aktiviti keluarga, port melepaskan rindu, menghilangkan stress dan sebagainya. Ada juga yang ke sana semata-mata untuk bersarapan. Kerana menu yang disajikan di kaki bukit Melati mengancam belaka.
Laluan yang sering diikuti hikers adalah, membuat loop dari tokong Na Du Hong ke puncak Centipede. Seterusnya ke Monkey dan Cobra sebelum menuju ke laluan keluar. Laluan dari Centipede ke puncak Monkey agak sedikit mencabar.
Dari menuruni bukit, kemudian landai dan seterusnya pendakian yang agak tegak kecuramannya dari 40 hingga 80 darjah. Benar-benar memerah keringat.
Di puncak Monkey terdapat ramai pendaki berhenti melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan. Sama ada memilih laluan untuk keluar atau meneruskan perjalanan ke puncak Cobra.
Dari Cobra hikers boleh memilih samada untuk ikut laluan Rope atau laluan keluar. Jangka masa diambil untuk menamatkan loop bergantung kepada kepantasan masing2. Bagi yang santai2, dalam 1 jam boleh tamat.
Penyelenggaraan Bukit Melati dibuat oleh satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tiada sebarang caj dikenakan kepada pengunjung. Namun begitu satu tabung sumbangan untuk tujuan penyelenggaraan disediakan.
Antara kemudahan awam disediakan adalah tempat letak kenderaan, tandas dan gerai jualan makan minum. Terdapat juga gerai menjual peralatan mendaki.







Leave a Reply