
TANJUNG MALIM: Minat mempelajari Bahasa Melayu di universiti Bangladesh semakin meningkat berikutan usaha Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkongsi kepakaran dua pensyarahnya di University of Dhaka.
Dua pensyarah yang berada di universiti berkenaan mengajar Bahasa Melayu kepada mahasiswa ialah Dr Rohayati Junaidi dan Dr Norfaizah Abdul Jobar berusaha menganjurkan Program Academic Talk bertujuan memperkenalkan sistem pendidikan Malaysia, UPSI, FBK dan program Bahasa Melayu baru-baru ini.
Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu FBK, Dr Zuraini Ramli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Peluang belajar di UPSI dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi” berkongsi maklumat perkembangan pencapaian UPSI berkaitan world ranking university, dan education ranking.
Turut dikongsikan adalah berkaitan perpustakaan digital, bilik bacaan 24 jam, pusat sukan dan rekriasi, masjid, muzium, kolam renang, hotel SS, bitara siswa, dewan, dan pelbagai jenis restoran.
Beliau berkata, tonggak utama kejayaan UPSI bermula dengan dukungan kuat Naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan pengawai atasan universiti, tenaga pengajar, staf pentadbiran serta komitmen semua pelajar.
Selain itu, info berkenaan fungsi IPS juga dipaparkan untuk promosi peluang menyambung pelajaran di UPSI kerana memiliki pelbagai kemudahan di FBK, seperti kemudahan atrium, konti, bilik komputer, anjung, student lounge, lecture lounge, bilik mesyuarat dan surau.
Dr Zuraini turut berkongsi 10 buah fakulti yang terdapat di UPSI selain sejarah ringkas penubuhan UPSI sejak 1922.
Beliau turut mempromosikan peranan FBK – JBKM dalam menyebarluaskan Bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa seperti di Uzbekistan, Dhaka, London dan Moscow. Malah, pelbagai program akan disusun bagi memastikan hubungan kerjasama ini semakin kukuh dengan perancangan yang sistematik.
“FBK menantikan semua pelajar dan pensyarah di Dhaka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran serta bekerjsama dalam memantapkan pendidikan, penyelidikan, dan perkongsian idea,” katanya.

Prof Madya Dr Dahlia Janan pula berkongsi mengenai “Malaysia Education System” yang menerangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memastikan keselarasan dan ketekalan dalam urusan pendidikan di Malaysia.
“Rakyat di Malaysia bersekolah bermula seawal umur lima tahun peringkat tadika kemudian peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah swasta, sekolah antarabangsa, sekolah pendidikan khas, kolej vokasional, MRSM, sekolah agama, sekolah berasrama penuh.
“Kerajaan berperanan memastikan semua penduduk di Malaysia mendapat pendidikan yang sama rata, ‘ katanya.
Beliau juga menjelaskan terdapat banyak pilihan sekolah dan universiti di Malaysia yang boleh menjadi tarikan utama.
Dr Norfaizah dan Dr Rohayati bercakap berkaitan “Malay Language Programme at University of Dhaka” berikutan keberadaan mereka di universiti berkenaan.
Pengarah Institut Bahasa Moden, University of Dhaka, Prof Dr ABM Razaul Karim Faquire berkata kerjasama antara kedua universiti ini diharapkan berpanjangan meliputi pertukaran pensyarah, pelajar dan penyelidikan.
Beliau berkata, berikutan penguasaan pelbagai bahasa memberikan kelebihan kepada semua pelajar merebut peluang ini.
Institut Bahasa Moden, katanya, sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menawarkan kursus bahasa-bahasa yang menjadi permintaan di pasaran.





Leave a Reply