Oleh Dr Fathin Noor Ain Binti Ramli
Abstrak
Objektf penelitian ini adalah mengenal pasti pengaplikasian prinsip perancangan di dalam tiga buah novel pilihan karya Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad iaitu Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan Seluang Menodak Baung. Kajian ini adalah merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks.
Prinsip pertama di dalam aspek pengurusan iaitu prinsip perancangan telah diaplikasikan sepenuhnya dalam melihat sudut pengurusan yang terdapat di dalam ketiga-tiga buah karya. Aspek-aspek perancangan yang bersesuaian bagi kajian teks sastera telah dijadikan panduan dalam mengenal pasti penerapan pengurusan dalam plot penceritaan.
Hasil dapatan yang diperolehi mendapati bahawa prinsip pertama di dalam pengurusan, iaitu prinsip perancangan telah diaplikasikan di dalam ketiga-tiga buah novel pilihan sebermulanya alur penceritaan yang dibina oleh pengarang.
Perancangan jangka masa panjang dan perancangan jangka masa pendek memainkan peranan yang dominan bagi watak-watak janaan pengarang bagi menghadapi polemik dalam kehidupan mereka.
Kesimpulannya, perancangan adalah merupakan langkah pertama dan asas terpenting dalam menguruskan setiap permasalahan atau isu dalam kehidupan sama ada di dalam karya ataupun dunia realiti.
Perancangan juga dilihat sebagai langkah pertama yang akan membawa gerak kerja dan tindakan yang mampu mempengaruhi alur penceritaan yang ingin dihasilkan oleh seseorang pengarang kerana dilihat mampu mengangkat tema, persoalan, nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam sesebuah karya.
Kajian ini diharapkan mampu membuka mata akan kepentingan elemen pengurusan sebagai metod baru dalam meneliti karya-karya sastera dan menjadi ruang lingkup baharu oleh para sarjana dalam dunia kritikan sastera tanah air.
Pengenalan
Pengurusan merupakan aspek yang penting bagi sesebuah organisasi tidak kira ianya merupakan organisasi yang terbentuk bagi mencapai sesuatu objektif, misi ataupun visi mahupun juga organisasi sesebuah anggota masyarakat.
Ianya penting bagi memastikan segala gerak kerja, pembentukan serta perlaksanaan sesebuah rancangan, struktur orgnisasi yang terbentuk adalah berada pada landasan sepatutnya sebagaimana yang diinginkan.
Pengurusan juga dapat memastikan dan memperlihatkan susun atur sesuatu perkara atau tindakan yang dirancang dan dibentuk adalah secara tertib.
Secara umumnya, pengurusan dapat dikatakan sebagai proses bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat dengan cara yang berkesan dan cekap. Menurut Daft (1997), pengurusan dilakukan melalui proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan sumber-sumber organisasi.
Dua elemen penting yang ditekankan dalam definisi ini ialah fungsi pengurusan yang mana mempunyai empat iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan manakala yang keduanya adalah matlamat organisasi dicapai mengikut cara yang berkesan dan cekap.
Perlaksanaan sesebuah pengurusan adalah sinonimnya digambarkan kepada individu yang memainkan peranan yang penting iaitu pengurus. Namun begitu, secara keseluruhannya semua individu dalam sesebuah organisasi syarikat atau masyarakat itu memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan aspek pengurusan itu terlaksana sebagaimana yang diinginkan.
Perancangan menurut Certo (1997) yang dipetik dari Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad (2006) adalah merupakan proses bagaimana sistem pengurusan organisasi boleh mencapai matlamatnya.
Ini menjelaskan bahawa sesebuah organisasi itu merangka satu kerangka tindakan yang bakal diambil bagi membolehkan target yang ditetapkan oleh organisasi mereka tercapai sebagaimana yang diinginkan.
Tujuan perancangan dibuat adalah bagi memastikan keselarasan tindakan yang bakal diambil oleh setiap ahli organisasi, mengelakkan pertindihan aktiviti dan pembaziran yang boleh merugikan organisasi di samping menetapkan objektif dan juga piawaian yang akan diguna pakai semasa proses pengawalan.
Pengorganisasian pula adalah segala tindakan bagi mencapai matlamat yang diagihkan kepada seluruh anggota organisasi mengikut peranan yang telah ditetapkan. Menurut Bartol dan Martin (1994) mendefinisikan pengorganisasian sebagai proses mengagihkan dan menyusun sumber manusia dan bukan manusia supaya pelan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Dalam proses ini, setiap jabatan, bahagian dan individu memainkan peranan yang penting bagi menyumbang tenaga untuk gerak kerja yang telah dirangka dengan sebaiknya.
Pengorganisasian yang dilaksanakan dengan baik akan dapat mewujudkan agihan kerja yang tidak bertindih, menimbulkan konflik, pembaziran dan penyalahgunaan sumber-sumber seperti bahan-bahan dan tenaga manusia. Selain itu, antara asas-asas yang juga diambil kira ketika mengorganisasikan gerak kerja adalah pembahagian kerja, penjabatan struktur organisasi dan juga penyelarasan.
Komunikasi yang berkesan dalam proses ini adalah perlu dititikberatkan agar gerak kerja yang bakal diambil adalah jelas dan tepat.
Seterusnya adalah prinsip ketiga iaitu prinsip kepimpinan. Pengurusan tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya jika kepimpinan tidak ditekankan dalam usaha sesebuah organisasi mengejar hala tuju yang ditetapkan. Robbins and Coutler (2005) mentakrifkan kepimpinan sebagai proses yang mempengaruhi kumpulan kearah pencapaian matlamat.
Sesebuah organisasi itu sudah tentu merupakan hasil dari gabungan sumber manusia yang mempunyai kepelbagaian sifat yang cukup dinamik. Bagi memastikan bahawa segala karenah, gelagat serta perlakuan ahli sesebuah organisasi itu boleh dikawal dengan sebaiknya, kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting kerana amat diperlukan sepanjang tempoh sesebuah organisasi itu beroperasi.
Kepimpinan seharusnya dilakukan secara berterusan dan mempunyai momentum yang begitu konsisten pada setiap masa bagi mengelakkan organisasi dari mempunyai struktur yang tidak sempurna, menghadapi perubahan sama ada perubahan dalaman ataupun luaran sesebuah organisasi terbabit serta bagi memberi semangat motivasi yang memberi inspirasi kepada setiap ahli.
Pengawalan pula merupakan fungsi atau peranan terakhir dalam bidang pengurusan. Menurut Certo (1997), pengawalan merupakan usaha yang sistematik untuk membandingkan prestasi dengan piawaian, pelan atau objektif yang telah ditetapkan sebelumnya untuk menentukan sama ada prestasi adalah konsisten dengan piawaian ataupun prestasi tersebut perlu diperbaiki.
Ketika proses ini dijalankan, sesebuah organisasi dapat mengetahui dan menilai sama ada segala bentuk perancangan, pengorgnisasian dan kepimpinan yang telah dilakukan adalah berkesan ataupun tidak. Pada ketika ini, jika sesebuah organisasi itu mempunyai aktiviti yang efektif dan berkesan, ianya boleh dikekalkan dan ditambah baik mengikut kesesuaian.
Jika sebaliknya, langkah yang sepatutnya harus diambil bagi memperbetulkan kesalahan ataupun ketidakberkesanan aktiviti yang telah dijalankan sebelumnya. Kawalan juga amat diperlukan bagi mengendalikan ketidakpastian dan perubahan, meningkatkan kualiti, mengesan peluang yang ada bagi organisasi memanfaatkannya, mengendalikan sesuatu masalah serta mendesentralisasikan kuasa.
Secara dasarnya pengurusan sastera boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengurusan yang berhubung kait dengan operasi sesebuah organisasi yang meletakkan sastera sebagai teras manakala yang keduanya adalah pengurusan yang terdapat dalam sesebuah teks sastera (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2014).
Menurut Ismail Ahmad (1990) yang dipetik dari Sukatan Pelajaran STPM Baharu 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif (2014) menyatakan bahawa pengurusan sastera ialah mereka yang bertugas di sesebuah institusi untuk mengembangkan sastera, termasuk institusi penerbitan sastera juga adalah ejen.
Beliau turut menyatakan bahawa kerja utama yang menjadi fokus adalah mengembang dan memajukan kesusasteraan melalui organisasi atau badan yang tertentu. Individu dan organisasi ini juga bertanggungjawab dalam memikir dan juga merancang bagi membina dan mengembangkan kesusasteraan, penulis dan karya.
Selain itu, pengurusan sastera juga dapat dilihat di dalam teks sastera. Pengenalan pendekatan pengurusan di dalam bidang kesusasteraan Melayu di tanah air oleh Profesor Mohammad Mokhtar Abu Hassan membuktikan bahawa disiplin ini amat bersesuaian dalam bidang kritikan sastera moden.
Beliau telah membentangkan pendekatan baru ini sebagai salah satu metod baru dalam penelitian sastera ketika menghadiri Seminar Himpunan Ilmuwan Sasterawan Melayu (HISMA) pada tahun 2013 di Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui kertas kerjanya yang bertajuk “Pendekatan Pengurusan: Satu Metode dalam Dunia Kritikan” (Mohamad Zubir Ismail & Mohamad Mokhtar Hassan, 2017).
Pendekatan ini telah mengenengahkan lima prinsip-prinsip asas pengurusan iaitu Prinsip Perancangan, Prinsip Kepimpinan, Prinsip Pengorganisasian, Prinsip Penstafan Dan Prinsip Pengawalan.
Kelima-lima prinsip ini diterapkan bagi menganalisis struktur teks sesebuah karya meliputi watak, perwatakan, nilai, isu, persoalan, latar dan juga pemikiran yang dibawa oleh pengarang di dalam karya mereka.
Ketika membentang metod pendekatan moden ini, Mohammad Mokhtar Abu Hassan telah mengambil beberapa cerita sastera rakyat iaitu Sang Kancil dan Buaya, Lebai Malang serta Di Sebalik Tirai Makna sebagai batasan kajian untuk mengaplikasikan pendekatan yang diperkenalkan.
Berdasarkan dapatan dan analisis yang dijalankan oleh beliau, kelima-lima prinsip yang terdapat dalam pengurusan sastera sememangnya sangat bersesuaian bagi meneliti teks-teks sastera. Mengaplikasikan disiplin pengurusan dalam bidang sastera di tanah air dilihat mampu memberikan kesan positif apabila satu pemikiran aliran baru dapat memberikan kelainan dan memeriahkan lagi penelitian terhadap karya-karya sastera pada masa yang akan datang.
Walaupun medium sastera bersilih ganti, iaitu bermula daripada tradisi lisan kepada tradisi tulisan dan kini kepada medium alternatif, namun aspek pengurusan seharusnya tidak terpinggir dan perlu diberi perhatian dan diberikan keutamaan (Mohamad Zubir Ismail, Sara Beden, Mohamad Mokhtar Hassan, 2015).
Kesinambungan daripada pengenalan pendekatan pengurusan dalam bidang Kesusasteraan Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal semula Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif dengan mengemaskini tajuk, kandungan dan kemahiran agar selari dengan perkembangan semasa.
Sukatan yang baharu ini bertujuan mendedahkan kepada calon diperingkat pra universiti berkaitan dengan penghayatan karya; sastera dan pembangunan; kreativiti, pengurusan dan multimedia disamping memberi penekanan bagi meningkatkan kemahiran menulis, mencari dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah dan komunikasi secara berkesan.
Kandungan sukatan pelajaran baharu ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu penghayatan karya, sastera dan pembangunan serta kreativiti, pengurusan dan multimedia.
Pada penggal ketiga, calon akan mempelajari prinsip asas pengurusan (perancangan, pengorganisasian, tenaga kerja ataupun staffing, kepimpinan dan kawalan) di mana pada akhir sesi pembelajaran calon dapat menjelaskan maksud dan konsep asas pengurusan dan menghuraikan prinsip asas pengurusan organisasi.
Seterusnya calon harus menerapkan prinsip asas pengurusan ini ke dalam teks dengan mengenalpasti unsur pengurusan daripada teks kajian serta menganalisis asas pengurusan dalam organisasi yang wujud dalam teks kajian.
Organisasi sastera pula mendedahkan calon kepada aspek perancangan kerja dalam organisasi sastera dan menghuraikan aspek pengurusan projek seperti seminar, kursus, pertandingan serta pementasan.
Ini jelas membuktikan bahawa kepentingan bagi memberikan penekanan kepada aspek pengurusan sastera itu sendiri harus dipupuk sejak generasi muda lagi supaya bidang Kesusasteraan Melayu dapat dilestarikan melewati arus pemodenan semasa dengan bermula dari lapisan awal insititusi pendidikan iaitu di sekolah.
Prinsip Perancangan Dalam Pengurusan
Prinsip perancangan adalah merupakan prinsip asas pertama dalam bidang pengurusan yang merupakan langkah pertama seseorang individu atau organisasi untuk mula menerapkan elemen penurusan dalam segala tindakan dan langkah yang ingin diambil bagi menangani masalah atau mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Pengurusan merupakan proses di mana seseorang individu sama ada beliau adalah seorang pengurus atau tidak untuk menetapkan matlamat yang ingin dicapai dan seterusnya beliau akan menentukan tindakan yang dianggap paling sesuai untuk diambil oleh semua pihak atau peringkat yang terlibat.
Selain itu, perancangan juga adalah proses untuk menentukan visi misi dan matlamat dalam membentuk tindakan yang diambil untuk mencapat matlamat tersebut. Perancangan juga adalah merupakan aktiviti yang berorientasikan masa depan yang mana segala kehendak yang ingin diperolehi pada masa hadapan dengan mula melaksankannya pada masa sekarang.
Terdapat beberapa jenis perancang iaitu Perancangan Jangka Masa Panjang (Strategik), Perancangan Jangka Masa Pendek (taktikal) dan Perancangan Jangka Pendek (Operasian). Penerangan secara terperinci diringkaskan melalui jadual dibawah;
Jadual 1: Jenis-jenis Perancangan



Download dokumen di bawah untuk membaca ulasan seterusnya :






Leave a Reply