
SUDAH lama saya mengenali Sheikh Harun atau lebih dikenali sebagai Anjang Muor iaitu pada 2014 lalu. Ketika itu saya masih berkhidmat di Jabatan Editorial akhbar Berita Harian di Bangsar, Kuala Lumpur.
Tapi sudah agak lama tidak bertemu muka. Sheikh Harun ini seorang penulis, suka bercerita, sentiasa senyum dan bergelak tawa.
Beliau adalah antara ribuan kakitangan Global Ikhwan Sdn Bhd Holding (GISBH) – sebuah syarikat yang menerjah ekonomi di serata pelosok dunia, terkenal dengan pengeluaran pelbagai produk Islam.

Seperti yang saya katakan, Sheikh Harun ini suka bercerita. Kali ini, beliau menceritakan mengenai pertemuannya dengan Haji Mustafa yang tinggal di Pattani, Selatan Thailand.
Haji Mustafa ini boleh dianggap jutawan, tetapi sederhana dan bersahabat dengan semua orang sama ada yang susah atau kaya raya, termasuk pegawai atasan kerajaan dan pasukan keselamatan.
Cerita Sheikh Harun, petang kelmarin (27 Oktober 2023) beliau diajak oleh temannya, Tuan Yahya untuk pergi makan kenduri di rumah Haji Mustafa. Kenduri potong jambul atau belah mulut cucu ke enam dia di Kampung Kubang Itik, Pattani, Selatan Thailand.
Kata Sheikh Harun:
Hj Mustaffa ni kenalan baru GISBH. Dia dah lama kenal GISBH. Ketika Karnival Maulidurrasul tahun lepas di Pattani Bazar dia hadir dan mengkaji GISBH dari jauh.
Malah perasmian ID Pattani (ID adalah Ikhwan Delight – restoran yang dibuka di Pattani, Selatan Thai) dia ada datang cuma duduk di luar katanya, “Survey, Survey..” dengan loghat Pattani pekat.
Dia ni kaya sangat, tapi low profile. Pernah wakafkan tanah 1,000 rai lebih (satu rai bersamaan dengan 0.16 hekar) untuk buat hospital. Jenis tak simpan duit di bank. Bayangkan simpan duit berjuta-juta Bhat di rumah.
Bila nak serah untuk beli tanah, untuk diwakafkan, tentera baju hitam datang kepung rumah. Ya la, mana dapat duit berjuta-juta tu. Timbul tanda tanya sumbernya…
Tapi Hj dengan beraninya berkata, silalah nak buat apa-apa! Silalah masuk rumah. Bila masuk rumah dia je, semua tentera itu ketakutan, tak berani nak bertindak apa-apa…
Sebab dalam rumah tu ada frame gambar Hj Mustafa dengan Raja Thai ke 10. Siapa orang ini! (Bagi) Orang Thai, Raja mereka itu macam Tuhan atau dewa.
Dalam masa yang sama Hj buat call pada seseorang dan memberi hand phone kepada tentera uniform hitam yang terkenal agresif itu.
Sebaik dia bercakap, bertambah ketakutan mereka kerana yang bercakap di talian adalah ketua tentera mereka yang bertanya dan mempersoalkan, “Korang buat apa di situ?!!”
Rupanya Hj mempunyai hubungan baik dengan semua orang-orang besar dan kecil.
Pernah duduk Malaysia 7 tahun. Pernah ditangkap masuk penjara, masuk lokap kerana kesalahan imigresen. Di Malaysia berniaga tom yam.
Betullah seperti yang anjang dengar, orang-orang kaya berumah besar di Pattani, majoritinya tauke restoran Tom Yam di Malaysia.
Sekarang Hj ada banyak bisnes. Makanan burung walit dengan brand Tongkat Ali antara produk syarikatnya. CP nak beli resepi makanan burung tu 10 juta Bhat dia tak nak jual.
Komen Hj, dia buat dua bulan makanan burung itu, jual dah boleh dapat 10 juta itu. Sangat berpotensi. Dia juga ada resepi makanan ayam dan beritahu kami rahsia makanan ayam yang berkualiti. Hj ada Mall, ada hartanah dan lain-lain.
Moga ada kerjasama yang dapat diusahakan dengan beliau untuk Islam.






Leave a Reply