Kerja-kerja menaiktaraf lebuhraya bagi melaksanakan projek tebatan banjir di KM124 LPT1 sedang giat dijalankan oleh kontraktor ANIH Berhad, selaku pengendali lebuhraya berkenaan.
Bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan di kawasan tersebut, penutupan jalan di laluan arah timur (hala ke Kuantan) akan dilaksanakan bagi membolehkan kerja – kerja peningkatan aras laluan utama dapat dijalankan. Sementara itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala Lumpur) dan pelaksanaan aliran kontra akan dibuat sepanjang tempoh tersebut. Penutupan dan lencongan berserta aliran kontra ini akan dilaksanakan bermula pada 16 Oktober 2023 sehingga bulan Mac 2024.
Para pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dan mematuhi papan arah yang disediakan di lokasi serta arahan petugas yang bertugas sebagai panduan bagi mengelakkan kekeliruan dan langkah keselamatan. Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran ANIH TV serta saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia) . Untuk urusan kecemasan, sila hubungi LPT – Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88- 7752.






Leave a Reply