Oleh Razali Zakaria dari Narathiwat
Lapan penumpang, kebanyakannya kanak-kanak, terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok di Kampung Bangorana, Mukim Maruebotok, Daerah Rangae, Wilayah Narathiwat, tengah hari tadi.
Menurut laporan media tempatan, tiga lagi penumpang cedera parah.
Semua mangsa dilaporkan dari Kampung No. 5, Mukim Lalo, Daerah Rueso, Wilayah Narathiwat menaiki kenderaan itu dalam perjalanan untuk melawat bandar Narathiwat, kira-kira 27.7 kilometer dari dari tempat kejadian, sempena cuti sekolah sekarang ini.

Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi, kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh sepohon pokok.
“Lapan orang maut di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera parah,” kata pihak berkuasa tempatan.
Polis masih menyiasat nahas berkenaan sementara nama semua mangsa masih belum diketahui.






Leave a Reply