Satu klip video menunjukkan amaran dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin kepada anggota polis, tular dan mendapat ulasan pelbagai pihak.

Klip video berdurasi lebih hampir enam minit itu turut dikongsi ramai, malah sehingga jam 10.30 malam ini, video itu ditonton oleh lebih 724,800 orang.

Klip video itu memaparkan amaran keras dikeluarkan oleh Mohd Shuhaily kepada anggota dan pegawai polis berkaitan kerja yang dilakukan setiap hari, termasuk yang melibatkan rasuah.

Beberapa bekas pegawai tinggi polis turut menonton klip video berkenaan ketika dihubungi Apa Khabar TV membayangkan bahawa kenyataan Mohd Shuhaily senada dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ikuti kenyataan Mohd Shuhaily dalam klip video di bawah:

Leave a Reply

Trending