Gabenor Wilayah Pattani di Selatan Thailand, Pateemoh Sadeeyamu memberi jaminan lima anak Penghulu Mukim Don Sai di Maikean, Ismail Zakaria, 54, akan mendapat pendidikan percuma selain diberi beberapa bantuan lain.

Jaminan itu diberi Pateemoh yang mesra dipanggil ‘Kak Moh’ ketika beliau menziarahi keluarga Allahyarham Ismail di Kampung Hutan Hangus di Mukim Dong Sai.

Gabenor Wilayah Pattani di Selatan Thailand, Pateemoh Sadeeyamu, ketika ditemui Apa Khabar TV hari ini (7 Oktober 2023).

Penghulu Ismail ditembak mati individu tidak dikenali di pekarangan Masjid Hutan Hangus sebelum solat Jumaat, kelmarin.

Beliau meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditembak beberapa das di badan dan kepala oleh penyerang yang dikatakan memakai jubah dan serban.

Allahyarham Ismail meninggalkan seorang balu, Khodijah Mat Soleh dan lima anak Nurfatin, 22; Nurfami, 17; Nurfada, 11; Nuranya, 9 dan Adib, 3.

Pateemoh yang juga gabenor wanita Islam pertama Thailand ketika ditemui Apa Khabar TV berkata kerajaan Thailand akan menanggung semua pembiayaan pengajian anak-anak Allahyarham.

“Ya, semua akan ditanggung oleh kerajaan sehingga habis belajar dan jika berjaya akan diambil bekerja, termasuk jika ingin menjadi guru dan lain-lain.

“Kelima-lima anak Allahyarham akan diberi bantuan pembiayaan untuk meneruskan pendidikan mereka,” katanya.

Menurutnya bantuan kewangan, termasuk insurans juga disediakan bagi mengurangkan beban keluarga Allahyarham.

Gabenor Wilayah Pattani di Selatan Thailand, Pateemoh Sadeeyamu hari ini (7 Oktober 2023) menziarahi keluarga Penghulu Ismail Yahya yang ditembak mati penjenayah di Mukim Don Sai di Maikean, Pattani, semalam.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading