Oleh Prof Dr Tajul Shuhaizam Said

Sejak negara mencapai kemerdekaan, warisan budaya telah menjadi simbol penting yang mencerminkan perjalanan panjang sebagai sebuah bangsa yang merdeka.

Warisan budaya tidak hanya memperkaya keindahan visual, tetapi juga menyimpan cerita-cerita berharga tentang perjuangan dan pencapaian bangsa.

Dari sudut seni tradisional hingga adat istiadat unik mempunyai daya tarikan tersendiri.

Melalui seni bina, lukisan, dan seni ukir, kita dapat melihat betapa kreativiti dan kebijaksanaan nenek moyang kita dalam menghiasi dunia mereka.

Perayaan tradisional seperti Hari Raya, Deepavali, dan Tahun Baru Cina juga mencerminkan kepelbagaian budaya yang kita anuti.

Namun, warisan budaya tidak hanya berkisar pada keindahan tetapi turut mencerminkan semangat perjuangan dan kesatuan.

Monumen dan tugu peringatan merdeka mengingatkan kita akan pengorbanan para pahlawan negara mempertahankan tanah air demi mencapai kemerdekaan.

Lagu-lagu patriotik yang menjadi nyanyian sepanjang zaman menggambarkan semangat kebangsaan yang berkekalan.

Penting untuk kita menyedari bahawa warisan budaya adalah titian yang menghubungkan kita dengan masa lalu, memandu kita di tengah-tengah zaman ini, dan membentuk landasan untuk masa depan.

Oleh itu, usaha pemuliharaan dan pengekalan warisan budaya adalah tanggungjawab bersama.

Pembabitan generasi muda dalam memahami dan menghargai warisan ini adalah penting agar warisan ini terus hidup dan relevan.

Dalam mengapresiasi warisan budaya, kita juga perlu melihatnya sebagai satu elemen yang mengikat kita sebagai sebuah bangsa merdeka.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan memelihara apa yang telah dicapai oleh para pendahulu.

Dalam melakukannya, kita perlu menyuarakan jati diri sebagai rakyat negara merdeka yang bangga akan warisan.

Penulis adalah Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading