DALAM memperkatakan trend dunia seni hari ini, berbanding pada era 1970-an sehingga awal tahun 2000, suka atau tidak, kita harus menerimanya.

Berbanding dahulu, ‘single’ pertama milik Budak Baru Nak Up (BBNU) pada masa sekarang yang ‘diedarkan’ melalui pelbagai platform digital, termasuk Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, KKNOX, Deezer atau YouTube Music, mencecah sehingga sejuta pendengar.

Bagi sesetengah pihak, keadaan itu suatu perkembangan hebat, namun tidak bagi komposer tersohor Tan Sri Dr Ahmad Nawab, yang berpandangan sebaliknya.

Ahmad Nawab suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik negara, telah mencipta lebih 2,000 lagu sejak 1950-an. Ditanya pendapat beliau mengenai senario dunia seni kini beliau berkata:

“Dunia seni hari ini hancur! Hari ini melalui pelbagai platform digital, single mereka dikatakan mencatat sehingga 1 juta pendengar kerana semua orang boleh melayarinya dengan melanggan secara bulanan tetapi yang membuktikan penyanyi itu memang terkenal adalah jualan album mereka.

“Penyanyi Ramlah Ram telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila album ‘Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu’ yang diedarkan pada tarikh istimewa 8.8.88 (8 Ogos 1988) telah dijual sebanyak 300,000 unit dan dicatatkan di Malaysia Book of Records.

“Tetapi hari ini semua dah tak ada lagi kerana penyanyi tidak berani buat lebih dari dua lagu sebab kualitinya mahal dan mereka tidak yakin boleh jual.

“Jangankan penyanyi baru malah penyanyi terkenal pun tak berani buat. Syarikat rakaman juga tak berani dan mereka hanya buat single. Kalau laku dikira bertuah jika tidak mereka ‘tutup kedai.”

Ikuti tulisan Muzlina Abu Bakar mengenai ulasan Ahmad Nawab dalam bebasnews.

Ahmad Nawab dan Ramlah Ram.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading