Oleh Ismai Hashim Yahaya
Walapun tidak secara rasmi dan ia telah menjadi gimik nama India ditukar kepada Bharat di persidangan G20. Spekulasi membatalkan penggunaan nama rasmi Inggeris negara itu daripada menggunakan ‘India’ kepada ‘Bharat’ kini ditularkan.
Isu nama dibangkitkan selepas negara itu selaku tuan rumah sidang kemuncak G20 menggunakan nama lain dalam jemputan majlis makan malam negara itu kepada pemimpin dunia dengan tulisan majlis itu dianjurkan oleh “Presiden Bharat”.
Usaha untuk menukar nama negara ‘India’ kepada ‘Bharat’ dan mengikut laporan usul tersebut akan diteliti dalam sebuah sidang khas Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 22 September depan.
The Guardian melaporkan adalah menjadi kebiasaan bagi Perdana Menteri, Narendra Modi untuk merujuk India sebagai Bharat, satu perkataan yang berasal dari kitab-kitab Hindu kuno yang ditulis dalam Sanskrit.
Bahkan‘Bharat’ juga merupakan salah satu daripada dua nama rasmi India menurut Perlembagaan negara itu.
Adakah penukaran nama ini dikaitkan dengan kedatangan pilihan raya India pada 2024 apabila pihak pembangkang telah menggunakan akronim gabungan perikatan mereka dengan India National Development Inclusive Alliance (INDIA) menyebabkan Modi mengambil langkah menukar nama India kepada Bharat.
Walaupun terdapat desakan oleh ahli Parlimen Parti Bharatiya (Bharat) Janata (BJP) memberikan alasan nama India sebagai warisan penjajah dan beberapa petisyen penukaran nama telah diajukan pada 2016 dan 2020, tetapi semua telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Tetapi apa yang menyebabkan penukaran dibuat secara mendadak seolah-olah hendak dirasmikan di persidangan G20 dalam majlis jemputan makan malam?
Adakah kerana usaha untuk menang pilihan raya dan mendapat sokongan masyarakat Hindu, maka Bharat sebagai nama negara hendak ditukar?
BJP sebagai parti pemerintah ingin menjadikan kempen pilihan raya kali ini bukan sahaja terbatas kepada lingkungan politik parti, tetapi seolah-olah memperlihatkan kewajipan rakyat, terutamanya penganut Hindu untuk mengundi BJP.
Ia adalah suatu kedudukan binari BJP adalah parti negara dan rakyat, sementara gabungan perikatan INDIA adalah warisan penjajah. Manakah yang wajar bagi rakyat sokong?

Pada 15 Ogos lepas, Modi dalam ucapan kemerdekaan India, menggesa ke arah dekoloniasi dengan menekankan hendak menghapuskan segala jejak pengabdian dan penghambaan di sekitar mereka.
Modi tidak memperinci maksud dekolonisasi adakah ia merujuk kepada British sahaja.
Hakikatnya, cadangan penukaran nama ini bukannya suatu langkah dekolonisasi tetapi untuk memadamkan sejarah dan warisan Islam di India.
Tafsiran pelampau Hindu mengenai dekolonsasi di India bukan menghapuskan saki baki warisan peniajah British kerana bagi mereka penjajahan tidak bermula dengan British tetapi bermula 1,000 tahun dahulu daripada abad ke-8 sehingga kurun ke-18 apabila dinasti Islam memerintah India antaranya Tughlaq, Lodis, Khilis dan Mughal.
Bagi mereka Islam dan warisannya adalah penjajah!
BJP telah menamakan beberapa bandar dan tempat yang dikaitkan dengan Mughal dan British seperti Mughal Garden di istana Presiden di New Delhi dengan Amrit Udyan. Sebelum pada 2018 nama bandar Allahabad telah ditukar kepada Praygraj dan Faizabad kepada Ayodha.
Bahkan terdapat cadangan menukarkan nama bandar Hyderabad kepada Bhagyanagar dan bandar Agra, di mana terdapat Taj Mahal di sana dicadang tukar kepada Agravan, atau Agrawal.
Di samping itu, India telah membuang naratif pemerintahan Islam daripada buku teks sekolah negara itu sebagai langkah bagi mengurangkan beban silibus pelajar di lebih 20,000 sekolah awam dan swasta.
Lapor portal antarabangsa, Majlis Penyelidikan dan Latihan Pendidikan Kebangsaan India telah mengeluarkan buku baharu mengenai sejarah dan politik bagi kegunaan pelajar berumur 17 hingga 18 tahun pada awal April lalu.
Ia adalah percubaan untuk menyesuaikan sejarah mengikut kehendak agenda majoriti masyarakat Hindu.
Bahkan penukaran nama baharu ini adalah usaha memadamkan nama Mughal sebagai pemerintah Islam di India negara selama lebih 300 tahun.
Warisan Mughal sangat besar dan telah membentuk budaya India dengan lebih mendalam daripada hari ini. Muzik, tarian, seni bina, cita rasa masakan dan kesusasteraan India telah dibentuk oleh Mughal. Mereka membentuk budaya politik Asia Selatan selama lebih empat abad.
Tindakan tersebut mencetuskan trend berbahaya dan menggambarkan percubaan untuk menghapuskan nama Islam, pencapaian umatnya dari segi sejarah dan warisan, budaya dengan memburuk-burukkan sekali gus memusnahkannya.
Setelah memenangi pilihan raya umum pada 2019 dengan majoriti yang lebih besar dan parti Kongres pimpinan Sonia Gandhi telah mula kehilangan kuasa politik di India, ramai dalam kalangan rakyat India terutamanya umat Islam mula khuatir dengan BJP dan sikap ekstrem penyokong mereka.
Beberapa kejadian yang membawa kepada pembunuhan penduduk Islam di India dapat diilihat dalam kejadian di Masjid Babri pada 1992, yang diburukkan setelah BJP memerintah dengan kejadian rusuhan Gujurat 2002, rusuhan Muzaffarnagar 2013, pergaduhan di New Delhi 2020 dan rusuhan anti-Islam yang kerap berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga ia telah dianggap sebagai ‘the new normal”.
Apa yang dimaksudkan di sini ialah jika anda seorang Islam di India, anda berisiko untuk diserang di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia pernah mendesak kerajaan India menghentikan pembunuhan terancang besar-besaran ke atas etnik minoriti Islam yang kini berlaku di negara itu.
Malah, pihak berkuasa Malaysia turut digesa menyiasat hubung kait kumpulan pelampau agama di India yang ekstremis dengan beberapa individu serta organisasi yang bertapak di negara ini.
Bahkan isu Islamofobia semakin rancak apabila dua ahli politik BJP menghina Nabi Muhammad SAW pada Jun 2022.
Amat dibimbangi gagasan dekolonisasi Modi dengan penukaran India kepada Bharat mempunyai agenda tersiratnya.
Bentuk Islamofobia paling ketara di India ini dikembangkan oleh Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS). Bahkan gagasan dekoloniasasi India dikatakan berakar kepada RSS, sebuah pertubuhan pelampau Hindu dengan fahaman Hindutva, suatu bentuk ideologi nasionalisme diasaskan kefahaman kepercayaan agama Hindu ― atau nasionalisme Hindu ― yang dominan di India, di mana terdapat dakwaan bahawa Modi adalah ahli seumur hidupnya.
Kemenangan BJP dalam pilihan raya membawa kepada kebangkitan Hindutva menyemarakkan lagi Islamofobia dengan menggunakan isu kasta, komuniti, agama, kelas, tanah air dan jantina sebagai alasan menyerang umat Islam secara wewenangnya melalui mobilisasi RSS dan cabangnya di bandar dan luar bandar.
Sebagai minoiriti di India, penduduk Islam berada dalam kedudukan kritikal di mana gagasan dekolonisasi dengan gerakan mirik fasis telah menjadi aktor dominan di India.
Bharat di tangan keparat pelampau India dan BJP akan melaksanakan dasar genokrasi suatu genosid yang bukan terbatas kepada kezaliman, keganasan dan pembunuhan Umat Islam di India, genokrasi adalah pemusnahan dan penghapusan warisan sejarah dan budaya Islam di India.

Penulis adalah pembaca Apa Khabar TV






Leave a Reply