BESUT, Khamis – Seramai 20 penerjun skuba kini bersiap sedia untuk melaksanakan misi menyelam di Pulau Perhentian Kecil pada jam 9.30 pagi Sabtu ini (9 September 2023) dalam program PADI Aware ‘Dive Against Debris®’ anjuran Yayasan Salam Malaysia (SALAM) dan Black Eye Scuba Team (BEST) di bawah Sea Daddy Diver Services.

Penyelam skuba profesional itu akan bertindak mengeluarkan sampah sarap dari laut seperti bahan pepejal kilang atau diproses, yang dibuang, dilupus atau dibiarkan di dalam laut dan persekitaran pantai.

Antaranya ialah beg plastik, botol, pembungkus makanan, puntung rokok, bateri kereta, pekakasan/peralatan dapur, jaring ikan, sisa industri dan sebagainya yang bersepah, terapung atau tersangkut di batu karang dan memusnahkan kehidupan laut serta menjejaskan pendapatan nelayan.

Ketika penyelam skuba BEST bertungkus-lumus di dasar laut, kira-kira 100 sukarelawan SALAM dibantu oleh penduduk kampung pula akan menjalankan kerja sukarelawan membersih Pantai Pasir Panjang (Long Beach) di pusat peranginan di daerah Besut, Terengganu.

Penasihat program PADI Aware ‘Dive Against Debris®’, Datuk Zuraidah Atan.

Penasihat Program, Datuk Zuraidah Atan berkata segala sampah yang dikumpul sama ada dari dasar laut dan di pantai serta persekitarannya akan dikumpul, diasing, diukur, ditimbang serta direkod mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Professional Association of Diving Instructor (PADI) AWARE Foundation.

Aktiviti ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs).

Statistik berkenaan akan diserahkan kepada PADI Global Database dan jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan Perikanan Malaysia untuk tujuan penyelidikan demi mencapai UN SDGs dan statistik dalaman.

Menurutnya, program yang mendapat sokongan daripada pelbagai jabatan dan agensi Pusat dan negeri itu bertujuan memupuk semangat menjaga alam sekitar, khasnya pemuliharaan lautan dan kebersihan pantai selaras dengan slogan “Menjaga Pantai dan Laut Bersih, Budaya Mulia, Amalan Kita”.

Program yang mendapat sokongan Kenanga Investors sebagai rakan kongsi itu adalah usaha Malaysia sama ada pihak swasta & korporat, NGO atau kerajaan mematuhi dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan PBB, antara lain menyebut:

Matlamat 13 ialah mengenai Perubahan Suhu berhubung tindakan segera mengatasi perubahan suhu dan kesannya; manakala

Matlamat 14 pula mengenai kehidupan di dasar air supaya memelihara dan melestari penggunaan laut dan hidupan marin demi pembangunan mampan.

Antara penerjun skuba yang akan menyertai program PADI Aware ‘Dive Against Debris®’.

Aktiviti ‘Dive Against Debris®’ atau terjunan untuk menaikkan sampah sarap dari laut ini memang menjadi aktiviti di beberapa negara yang mempunyai kesedaran berhubung penjagaan laut (marine conservation) yang tinggi.

Sempena program ini juga, penyelam BEST dan sukarelawan  SALAM akan memberi ceramah “Memelihara dan melestari penggunaan laut dan hidupan marin” kepada 130 warga sekolah SK Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu dan penduduk kampung.

Zuraidah berharap taklimat ini akan dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar kepada semua, bahawa “menjaga pantai dan laut bersih, budaya mulia, amalan kita”.

Penyelam BEST juga akan memberi pencerahan aktiviti cara menyelam mengikuti SOP pematuhan antarabangsa kepada anak-anak muda berminat, mungkin ia boleh menjadi satu kerjaya baharu kepada mereka nanti.

Background SALAM

2.1 Yayasan Salam Malaysia, or SALAM was founded in 1997. It is a non-profit organisation that promotes the spirit of volunteerism among Malaysians, providing opportunities for individuals to volunteer in communities, both locally and internationally.

In recent years, Yayasan Salam has embarked on several community projects from women empowerment, ICT for rural youth, to education for indigenous groups in Malaysia.

2.2 The present Board of Trustees include Dato’ Mior Kamarulbaid Mior Shahid, Dato’ Yong Soo Heong, both prominent retired Group Editors-in-Chief from the media industry and Dr Thelaha Masri A former associate professor and senior lecturer of UNIMAS, Dr Thelaha has vast experience in engineering fields with specification in Electrical & Electronics Engineering.

Background BLACK EYE SCUBA TEAM (BEST)

3.1 Black Eye Scuba Team (BEST) under Sea Daddy Diver Services was founded in 2016 by Mohd Ariff Ismail, a professional and qualified scuba diving Instructor Development Course (IDC) Staff Instructor recognised by the Professional Association of Diving Instructor (PADI).

He leads and works closely with his team of PADI Divemasters and together they collaborate with local Dive Centres all over Malaysia and in the South East Asia region.

3.2 BEST is committed to produce PADI qualified recreational and/or professional divers who are aware and responsibly support a sustainable dive industry and protect the ocean in which all life depends. BEST supports conservation action for global impact in line with PADI’s mission and vision.

3.3 To increase and improve the image, reputation and community perception towards divers by volunteering and engaging locals, BEST regularly carries out impactful and sustainable local community development activities.

3.4 In addition, BEST inculcates volunteerism amongst its team members as they also handle volunteer disaster-related missions such as Flood Relief Mission in Shah Alam 2022 and educational awareness campaigns for schoolchildren on conservation of the ocean.

3.5 BEST is supported by Dato’ Zuraidah Atan who acts as Adviser and mentor. She is the Adviser to this collaborative project, the inaugural Dive Against Debris (R) PADI programme and Volunteer Beach Clean-up, a combined project collaboration between Yayasan Salam and Black Eye Scuba Team (BEST / Sea Daddy Diver Services) .

Datuk Zuraidah is well known in the sphere of volunteer management and volunteer project management, having led as Chairman and Adviser in other foundations and NGOs since 2004. She is a lawyer, banker and social activist.

Penerjun skuba profesional akan mengambil bahagian dalam program PADI Aware ‘Dive Against Debris®’ anjuran Yayasan Salam Malaysia (SALAM) dan Black Eye Scuba Team (BEST) di bawah Sea Daddy Diver Services, di Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu.

Address:

YAYASAN SALAM MALAYSIA
No. C-1-20, Megan Pheonix, Jalan 2/142 A, Cheras
56000 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603 9108 3560
Fax: +603 9108 3560 Email: info@salam.org.my Web: http://www.salam.org.my

BLACK EYE SCUBA TEAM (BEST)
Mohd Ariff Bin Ismail
Pengarah Projek
+6018-234 0526

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading