Seramai 25 peserta tempatan dan 10 peserta antarabangsa dari beberapa negara, termasuk Indonesia, Sri Lanka, Pakistan dan Palestin menjayakan program bersama Jom Masuk Kampung dan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66, baru-baru ini.

Program ‘Step Into Kampung With Us’ anjuran YOSH MyFundAction dan komuniti Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang bertujuan merealisasikan hasrat peserta antarabangsa yang mahu merasai pengalaman hidup di kampung.

Objektif utama program ini adalah bagi merealisasikan hajat pengunjung antarabangsa yang ingin merasai suasana dan pengalaman hidup di pedalaman sekali gus memeriahkan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-66 pada tahun ini.

“Pelbagai aktiviti yang akan diadakan untuk para peserta antaranya adalah aktiviti menggagau ikan, bersampan dan bermain permainan tradisional yang sinonim dengan budaya masyarakat Melayu dahulu begitu juga dengan pemeriksaan kesihatan percuma serta beberapa aktiviti menarik yang lain,” kata YOSH dalam satu kenyataan.

Sempena sambutan kemerdekaan tahun ini juga, pihak penganjur mengambil kesempatan untuk meraikan Hari Kemerdekaan lanjutan bagi mendedahkan gaya hidup tradisional kepada belia tempatan dan internasional agar dapat memapankan jati diri dan semangat patriotik dalam diri mereka.

Perarakan kemerdekaan ini dijayakan dengan penglibatan semua para peserta bersama-sama mengibarkan bendera Malaysia dengan bersemangat sewaktu perarakan kemerdekaan berlangsung dengan menaiki trem mengelilingi kampung sambil menyanyikan lagu patriotik.

“YOSH MyFundAction merakamkan jutaan terima kasih kepada para peserta dan komuniti Kampung Sungai Sireh Tanjong Karang yang hadir sepanjang program Jom Masuk Kampung (Step Into Kampung With Us) ini berlangsung,” kata kenyataan itu.

Pihak YOSH MyFundAction berharap agar program ini berjaya menyerlahkan budaya tradisional masyarakat Melayu kepada peserta antarabangsa terlibat serta menyuntik semangat patriotism dalam diri belia bagi membina kemampanan jati diri sebagai warganegara Malaysia sejati dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan terkehadapan dari segala aspek kehidupan.

YOSH MyFundAction amat mengalu-alukan sokongan dan kesudian mana-mana syarikat korporat, usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), badan bukan kerajaan (NGO) atau individu perseorangan sekiranya ingin berkolaborasi dan bekerjasama bagi meningkatkan taraf kualiti belia di Malaysia dalam setiap aspek

Berikut adalah gambar beberapa aktiviti yang dijalankan dalam program itu.

Leave a Reply

Trending