Strategi komunikasi boleh menjadi lisan, bukan lisan atau visual.

Mengintegrasikan semua strategi akan membolehkan kita melihat mana yang paling berkesan. Komunikasi lisan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu tulisan atau oral.

Komunikasi tulisan antara lain termasuk e-mel, teks dan perbualan dalam talian, manakala oral pula antaranya ialah perbualan menerusi telefon, video dan perbualan individu secara berdepan (interpersonal).

Strategi komunikasi bukan lisan pula sebahagian besarnya terdiri daripada isyarat visual, seperti pergerakan badan, ekspresi wajah, atau nada suara. Semua isyarat itu biasanya mempunyai maksud komunikasi.

Oleh itu, adalah penting untuk kita menyedari mesej yang dihantar, kerana kita mungkin mengatakan sesuatu perkara, tetapi penerimanya menafsirkan maksud lain.

Strategi komunikasi visual pula dapat dilihat melalui papan tanda, laman web, dan ilustrasi. Strategi ini digunakan di tempat kerja untuk menarik perhatian dan dokumentasi.

Contohnya, bahagian sumber manusia dikehendaki menyiarkan visual tertentu di seluruh ruang kerja sebagai mematuhi undang-undang keselamatan yang ditetapkan.

1) Lisan;
2) Bukan lisan; dan
3) Visual

Strategi komunikasi perlu menjelaskan dengan tepat apa yang perlu dilakukan dan diselesaikan. Lihat Rajah: Carta Strategi Komunikasi, ini adalah gambaran keseluruhan faktor-faktor penting dalam pelan komunikasi dan strategi.

Elemen diperlukan

Organisasi perlu menetapkan misi bagi menentukan apa yang mereka mahu lakukan terhadap komuniti. Contohnya, misi mewujudkan keluarga yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, dan masyarakat.

Untuk memiliki strategi komunikasi yang berjaya, proses awal perlu dibangunkan dan memfokuskan kepada misi asal.

Komuniti biasanya tertarik kepada moto dan misi yang boleh digambarkan dengan mudah. Contohnya, ‘Revolusi Digital Inovasi Kehidupan Baharu’.

Ia pendek dan ringkas, tetapi masih menerangkan apa yang cuba dilakukan – membentuk kehidupan baharu dengan mengadaptasi inovasi revolusi digital.

Misi juga terdiri daripada nilai dan kepercayaan organisasi yang menjelaskan sebab-sebab mengapa organisasi itu diwujudkan. Ini lebih menjurus kepada kakitangan yang perlu tahu – kenapa mereka terpaksa bekerja keras bagi mendapat sokongan komuniti.

Strategi komunikasi yang produktif mesti terlebih dahulu berpunca daripada dalam dan keyakinan kakitangan harus menepati kehendak utama organisasi.

Matlamat dan semakan

Dua lagi strategi komunikasi – matlamat dan semakan penting – saling berkaitan dan bergantung antara satu sama lain. Matlamat organisasi adalah satu set idea yang perlu diperiksa secara berkala.

Sebagai permulaan, khalayak perlu diberi kefahaman mengenai apa matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi. Contoh, menjadikan komuniti yang mahir dalam teknologi digital. Tindakan ini perlu dibuat supaya kita tidak tersalah khalayak.

Oleh kerana sifat semua orang adalah berbeza dan mahukan sesuatu yang berbeza, maka tidak ada cara yang menjimatkan untuk menjangkau semua orang sekali gus.

Oleh itu, organisasi harus duduk dan memutuskan apakah strategi yang paling ekonomik dan berkesan untuk mencapai sebanyak mungkin khalayak. Tentunya, dengan cara komunikasi.

Sesuatu yang sentiasa penting ialah mengetahui sumber-sumber yang ada pada diri kita, termasuk kewangan dan peralatan komunikasi. Untuk bermula, setiap organisasi mesti mempunyai sumber kewangan yang stabil.

Apabila mencipta strategi komunikasi, perlu difikirkan mengenai berapa kos kempen media yang dirancang.

Selepas semua kaji selidik latar belakang dilakukan, organisasi masih perlu menetapkan sekumpulan matlamat supaya organisasi dapat berada di landasan yang betul.

Ringkasnya, matlamat ini mestilah jelas dan mampu diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya, diiringi dengan sentiasa berusaha untuk mengembangkan organisasi secara meluas.

Contohnya, untuk terus mendapat sokongan masyarakat, meningkatkan liputan media, dan mengetengahkannya secara lebih jelas kepada komuniti sasaran.

Selain itu, garis masa program yang ditetapkan mestilah mengandungi matlamat organisasi. Garis masa ini, termasuk sekatan masa bagi menyelesaikan projek – adakah anda mahu hasil dalam masa seminggu atau masanya boleh dipanjangkan lagi?

Juga, garis masa yang memaksa semua kakitangan untuk terus memberi komitmen penuh 100 peratus kepada program yang dirancang dan dilaksanakan, kerana ini akan menjadi tanggungjawab bersama.

Paling penting, garis masa itu menyediakan kalendar program yang dapat dilihat oleh semua, termasuk kumpulan sasaran. Ini boleh menjadi salah satu idea terbaik yang mungkin dapat dilakukan untuk menyampaikan apa yang sedang dilaksanakan oleh organisasi.

Akhir sekali, tugas menyediakan strategi komunikasi yang kukuh adalah menilai apa yang berlaku kebelakangan ini. Adakah semua idea itu berfungsi, atau adakah ianya tidak berguna?

Apabila persoalan ini terjawab, organisasi kemudiannya boleh meneruskannya dengan strategi berkenaan atau mencipta strategi baharu yang ditambah baik.

Oleh itu, strategi komunikasi bukan sesuatu yang mudah untuk dicipta, tetapi sesuatu yang perlu diperbetulkan dalam tempoh yang agak panjang dan ianya sentiasa tidak akan sempurna, namun mempunyai ruang untuk diperbaiki dan diubah seiring perubahan dunia yang semakin pantas, khususnya dalam dunia Revolusi Industri 4.0 dan Revolusi Pertanian 4.0.

Umumnya kebanyakan strategi komunikasi mempunyai elemen berikut:

  • Ringkasan ringkas analisis situasi;
  • Segmen khalayak;
  • Program untuk memaklumkan perkembangan strategi;
  • Objektif komunikasi;
  • Pendekatan untuk mencapai objektif;
  • Kedudukan perubahan yang dikehendaki;
  • Faedah dan mesej untuk menggalakkan perubahan yang diingini;
  • Saluran komunikasi untuk menyebarkan mesej;
  • Pelaksanaan pelan;
  • Pengawasan dan penilaian pelan; dan
  • Bajet.

Penulis terlibat dalam dunia penulisan untuk media cetak dan digital sejak 1993. Bermula sebagai wartawan sehingga ketua pengarang media digital. Daripada penggunaan mesin taip pada tahun 1990-an hingga kini – komputer riba.

SIRI 1
SIRI 2
SIRI 3

8 responses to “[SIRI 4] Komunikasi Strategik: Jenis strategi komunikasi”

  1. […] 1SIRI 2SIRI 3SIRI 4SIRI 5SIRI 6SIRI 7SIRI […]

  2. […] 1SIRI 2SIRI 3SIRI 4SIRI 5SIRI 6SIRI 7SIRI 8SIRI […]

  3. […] 1SIRI 2SIRI 3SIRI 4SIRI 5SIRI 6SIRI 7SIRI 8SIRI 9SIRI […]

  4. […] 1SIRI 2SIRI 3SIRI 4SIRI 5SIRI 6SIRI 7SIRI 8SIRI 9SIRI 10SIRI […]

Leave a Reply to [SIRI 12) Komunikasi Strategik – BERKREDIBILITI DAN DIPERCAYAICancel reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading