
Sedarlah!
Bumi Malaysia bumi bertuah
Kaya sumber mineral dan alam semulajadi
Sangat subur
Sedarlah!
Menjadi pilihan dihuni sejak zaman prasejarah
Yang terawal dihuni di Asia Tenggara
Lembah Lenggong, Perak sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu
Lembah Mansuli, Sabah sejak 235,000 tahun dahulu
Lembah Niah-Subis, Sarawak sejak 46,000 tahun dahulu
Rumah semulajadi- gua di timur, barat dan Selatan Semenanjung dihuni sejak 14,000 tahun dahulu
Daripada prasejarah maju masuk ke era tamadun
Sedarlah!
Tamadun Asia Tenggara bermula di bumi ini
di Kedah Tua sejak 788 Sebelum Masihi
menjadi pembekal besi terbaik dunia
Sedarlah!
Negara asing juga mengidamkan kandungan bumi bertuah ini
1511 oleh Portugis
1641 oleh Belanda
1824 oleh British
1941 oleh Jepun
1942 kembali British
Akhirnya kita MERDEKA 31 Ogos 1957
Sedarlah!
100 tahun di bawah Portugis
100 tahun di bawah Belanda
100 tahun di bawah British
adalah kerana kelalaian & hasad dengki sesama kita
bukan kerana kekuatan mereka
Sedarlah!
Kelalaian ilmu adalah punca segalanya
baik ilmu dunia apatah lagi ilmu akhirat
ilmu yang membawa kepada sayang agama, bangsa dan negara
Maka, Marilah sama-sama kita memperdalamlan segala aspek ilmu
khasnya untuk generasi seterusnya
Sedarlah!
Bumi bertuah ini mempunyai segalanya
tanpa ilmu kita akan terus dijajah lagi
walaupun fizikalnya telah 66 tahun Merdeka
negara asing, orang asing akan terus mengintai dan akan pasti mengambil peluang
Sedarlah!
Isu masa depan dunia ialah tenaga, air dan makanan
Namun di bumi bertuah ini puncanya ada dan melimpah ruah
Uruskan lah dengan ilmu yang terbaik
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN







Leave a Reply