Peningkatan penggunaan internet dan kemajuan dalam teknologi web 4.0 (Internet of Things – IoT) telah mengubah cara hidup masyarakat sama ada pergaulan sosial, komunikasi dan mendapatkan maklumat. Fenomena ini termasuk bagaimana orang ramai boleh mengakses kepada berita dan maklumat.

Berdasarkan laporan 2016 Kementerian Komunikasi dan Digital, pada 2015, terdapat kira-kira 24.1 juta pengguna internet di Malaysia.

Pada tahun yang sama, Jabatan Perangkaan (29 Julai 2016) menganggarkan peratusan penggunaan internet dalam kalangan warga Malaysia berusia 15 tahun dan ke atas meningkat 71 peratus, daripada 57 peratus pada 2013.

Antara aktiviti popular dalam internat ialah mengambil bahagian dalam rangkaian sosial sebanyak 84.3 peratus; mendapatkan maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan (79.6 peratus); bermain dan memuat turun permainan (76.1 peratus); e-mel (68.4 peratus) dan membaca buku (61.1 peratus).

Peningkatan penggunaan internet telah mengubah dunia kewartawanan, penyaluran maklumat, penggunaan berita, perhubungan awam dan bagaimana berita tersebar di dalam sistem sosial sesebuah negara.

Freeman (2013) mendapati kebanyakan remaja Malaysia menggunakan internet sebagai sumber utama mereka untuk mendapatkan berita, berbanding media lain.

Sejak beberapa tahun lalu, akhbar cetak arus perdana mengalami penurunan mendadak dari segi jualan, menyebabkan mereka memperkenalkan versi digital dalam usaha mendekati kehidupan masyarakat dan sikap membaca. Transformasi ini penting untuk survival jangka panjang organisasi berita.

Memang diakui bahawa akhbar memainkan peranan utama dalam membantu mengekalkan politik hegemoni parti pemerintah. Namun, pada masa sekarang mengawal akhbar bukan lagi nilai tambah bagi memperkuatkan kedudukan parti politik, tetapi mengundang lebih banyak rintangan dalam kalangan orang ramai yang berminat mencari pandangan alternatif.

Kawalan kukuh kerajaan ke atas media arus perdana, menjadi faktor utama kemunculan pelbagai media alternatif, termasuk portal berita online.

Peningkatan penawaran internet juga telah membuka peluang kepada parti politik untuk mempunyai media online sendiri. Media-media online ini menjadi popular kerana menyiarkan berita yang tidak terdapat dalam media arus perdana yang dikawal kerajaan.

Dalam kata lain kewujudan media sosial dan portal berita ini disebabkan liputan yang tidak sama rata diberikan media arus perdana.

Laporan Reuters 2017, mendedahkan bahawa portal berita online, termasuk media sosial menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk mendapatkan berita dan maklumat.

Tidak seperti akhbar bercetak, portal berita sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa serta mempunyai komponen unik seperti audio, video dan hyperlink. Kandungan berita dan maklumat yang disampaikan juga memainkan peranan penting.

Tidak seperti media arus perdana yang lain, wartawan portal berita online dan penerbitan berita, tidak mengikut rutin waktu kerja biasa.

Karakter media online sentiasa berubah-ubah. Lebih banyak pembaharuan dibuat untuk meningkatkan fungsi dan kebolehgunaan mereka. Dan, daripada sehari ke sehari, kita sentiasa berdepan dengan cabaran dalam bidang komunikasi. Kita sudah memasuki era IoT.

Dunia perantara kehidupan seperti sekarang ini harus difahami sebagai sesuatu yang digerakkan – Ini bukan semata-mata berkaitan dengan ‘komunikasi massa’, tetapi termasuk pada masa yang sama pelbagai bentuk komunikasi pengantara yang lain. Sebagai contoh, komunikasi melalui internet, telefon bimbit dan sistem komunikasi pintar yang lebih baharu.

Ini bermakna kita perlu membangunkan pendekatan integratif (bersepadu) yang menganggap bentuk komunikasi media yang berbeza dan kaitannya dengan budaya serta masyarakat sekarang.

Untuk melakukan ini, kita harus melihat bukan sahaja dalam rangkaian komunikasi dan sosial yang membina pelbagai media, tetapi juga bentuk komunikasi yang dibina secara total dan bercambah sekarang ini.

Digitalisasi industri media dan maklumat mewujudkan ruang baharu untuk menarik peluang serta minat, berkongsi dan mencipta kandungan media melalui peningkatan jumlah peranti dan platform (alat) – pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat.

Kandungan media dan pengiklanan hari ini diedarkan dalam talian dan disebarkan menerusi rangkaian sosial dan platform digital, memandangkan media digital berkembang dengan lebih mudah. Begitu pula masa singkat yang diperuntukkan untuk kandungan, platform dan perkhidmatan.

Platform baharu dan perubahan pola penggunaan mempengaruhi kehidupan seharian individu dan interaksi sosial, mengubah cara kerja dilakukan, kesan pembelajaran dan tindakan sivik.

Seperti juga tujuan, matlamat atau objektif hidup kita – menyembah Allah, keredaan Allah dan balasan baik di akhirat, sekali gus mendapat ganjaran kekal abadi dalam kegembiraan di Syurga. Jadi untuk mencapai semua itu, Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad ﷺ dan disampaikan kepada seluruh umat, telah menyediakan panduannya untuk diikuti.

Terpulang kepada kita bagaimana menyediakan strategi untuk mengikut panduan yang telah disediakan itu. Contohnya, Rukun Islam adalah dasar, asas, teras, sendi, nadi, tiang, pokok dan prinsip, yang mesti dipatuhi untuk mencapai sasaran kita iaitu reda Allah dan Syurga.

Manakala Rukun Fikli, Rukun Kalbi dan Rukun Kauli adalah perbuatan atau tindakan, seperti rukuk, sujud, niat dan bacaan dalam solat atau sa’i dalam ibadat haji.

Sementara,  Rukun Iman adalah perkara yang menjadi dasar seseorang Islam, iaitu percaya akan Allah, malaikat, rasul, kitab, hari kiamat serta qada dan qadar.

Al-Quran dan Hadis Rasulullah ﷺ adalah alat komunikasi untuk kita dapat menepati semua rukun  dan dasar yang ditetapkan itu, serta membolehkan kita mencapai tujuan hidup.

Saya akan cuba menulis mengenai strategi komunikasi dalam dunia Web 4.0 atau IoT, dua kali setiap Sabtu dan Ahad dalam Apa Khabar TV mulai esok, 26 Ogos 2023 ini.

Penulisan ini bertujuan menyatakan kepada GLC, syarikat atau organisasi, mengenai pentingnya strategi komunikasi moden dalam dunia Web 4.0 atau IoT kepada mereka. Wallahualam. Selamat membaca dan mencuba.

Dari mesin taip ke komputer riba.

Penulis terlibat dalam dunia penulisan untuk media cetak dan digital sejak 1993. Bermula sebagai wartawan sehingga ketua pengarang media digital. Daripada penggunaan mesin taip pada tahun 1990-an hingga kini – komputer riba.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading