KUALA LUMPUR: Kerap kali kita mendengar ucaptama dan pidato di majlis formal serta di universiti tempatan memetik kata-kata ilmiah dari Dunia Barat, Tamadun China, dan lain lain sebagai ilham dan aspirasi, membelakangkan petikan dari Dunia Melayu.
Oleh itu, Hikayat Fandom telah mengambil iktibar menerbitkan buku ‘Mutiara Kata Alam Melayu’ yang diselenggara penulis Ninot Aziz yang mengkurasi 101 petikan dari Alam Melayu lebih 1000 tahun dari inskripsi Talang Tuwo ke Hukum Kanun Melaka. Dari HAMKA, Pendita Baha Zain, Usman Awang ke Raja Ali Haji, Jose Rizal ke Jenderal Soedirman.
Buku ini mempunyai ciri unik boleh dibaca dari kedua-dua muka buku dalam Bahasa Melayu, dari hadapan dan muka buku aksara Jawi menjanjikan pengalaman baru membaca direkabentuk oleh Walid Muhammad dari Studio Hikayat.
Bak kata sejarawan tersohor, Cik Srikandi, “Mutiara Kata Alam Melayu oleh Ninot Aziz ini mampu mencerminkan sikap dan watak Melayu bijak bestari yang bersenjatakan mutiara kata, yang lebih tinggi nilainya dari seluruh wang dan harta…Menjadi prakata kepada mutiara bangsa, peradaban Melayu.” Buku ini turut mendapat perhatian Tokoh Merdeka 2022, Dr Annabel Teh Gallop dari British Library yang mengatakan buku ini merupakan, “‘Perbendaharaan indah pepatah Melayu berabad lamanya, dicungkil dari inskripsi, manuskrip dan kesusasteraan lisan – sumber ilham untuk diterokai, direnungkan, dinikmati.’
Hikayat Fandom menerbitkan buku Mutiara Kata Alam Melayu bertujuan menjadi rujukan pelajar, orang politik, ahli akademik dan orang ramai untuk memperkasa penghayatan Alam Melayu.
Pra-tempah Edisi Emas dan Perak dengan tawaran hebat telah dibuka sehingga 15 Mei 2023. https://forms.gle/GwCL1gYUsqWjPpb76
Terdapat petikan dari Makyung, wayang kulit dan peribahasa menunjukkan kehebatan pemikir Dunia Melayu yang kian hilang dari korpus memori masyarakat. Buku ini juga boleh dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia yang berlangsung dari 26 Mei hingga 4 Jun 2023 di PWTC.
Bagi mendekatkan para generasi muda ke hikayat lama yang mempunyai banyak manfaat untuk memperkasa jati diri bangsa, Hikayat Fandom turut menerbitkan buat julung kali HF KomiK – Bentala Naga Siri I Vol 1.
Siri Hikayat Fandom dan lain lain buku Ninot Aziz turut dijual di Reruai Hikayat Fandom di Ruang Legar Aras 5, Reruai A033.
_____________________________________
Penulis Ninot Aziz
Ninot Aziz merupakan seorang pengarang antologi dan novel berilustari dari Malaysia. Beliau yang menumpukan karya kepada hikayat lama, legenda dan cerita rakyat, telah memenangi pelbagai anugerah sejak tahun 2007.
Dilahirkan di Hobart, Tasmania, Australia, Ninot Aziz membesar di kampung Chenor, Pahang, Malaysia. Mendapat galakan dari guru Bahasa Inggeris beliau, Puan Khaw Choon Ean di Sekolah Seri Puteri, Ninot Aziz menulis dalam Bahasa Inggeris dengan harapan membawa Hikayat Melayu ke persada antarabangsa.
Beliau menyumbang rencana dan artikel di pelbagai media semasa mengenai subjek warisan dan hikayat, dan telah menulis lebih 200 artikel dalam media nasional dan menulis tiga antologi, From The Written Stone, Hikayat – From The Ancient Malay Kingdoms dan Srikandi sebelum menghasilkan novel NAGA, ONANGKIU, SITI Queen of the Eastern Skies, NIK & The Sunset Kapal, KIRANA Dreams After The Rose serta novel grafik, Bidasari & The Djinn dan Bentala Naga, From The Makyung.
Anugerah:
- LIPUR LARA ALAM MELAYU – 50 Buku Terbaik Malaysia 2022
- LIPUR LARA NUSANTARA – 50 Buku Terbaik Malaysia 2020
- ONANGKIU – MyCreative Ventures 2014 Anugerah Hadiah Utama & Calistro 2012 2. NIK & THE SUNSET SHIP – Winner, Calistro 2014 Anugerah
- KIRANA Dreams Selepas The Rose – 1st Runner Up Calistro Prize 2015
- SITI – MyCreative Awards 2014 Consolation
- Hikayat – PNM RTM Hadiah Buku 2013 – Fiction English Runner Up
- From The Written Stone – Anugerah MBBY 2007






Leave a Reply