Oleh Wan Farhana Wan Tazilah | Noor Arfa

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah pepatah yang diperjuangkan oleh Noor Arfa. Noor Arfa kini giat menyebarkan ilmu tentang apa itu Batik. Pendekatan ini dilaksanakan kepada golongan muda terutamanya golongan pelajar dari peringkat tadika hingga ke universiti.

Kini Noor Arfa giat masuk ke sekolah-sekolah di Terengganu terutamanya dalam menyebarkan ilmu tentang batik. Noor Arfa rasa bertanggungjawab menyebarkan ilmu tentang batik memandangkan Noor Arfa adalah sebuah syarikat yang pakar dalam menghasilkan batik asli. Pendekatan ini semakin giat dilakukan di sekolah kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada guru supaya Noor Arfa melaksanakan aktiviti yang berfaedah untuk pelajar mereka dalam masa yang sama memperkenalkan Batik kepada golongan muda.

Mendapat sokongan daripada guru sekolah sudah cukup membuatkan Noor Arfa lebih yakin untuk menyebarkan ilmu tentang Batik. Sokongan ini dapat dilihat apabila kebanyakan guru menjemput Noor Arfa berkongsi tentang cara pembuatan batik dan mereka juga membuka peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman membuat batik.

Antara perkongsian yang dilakukan adalah Siapakah Noor Arfa, Apa Itu Batik, Jenis-Jenis Batik, Teknik Membuat Batik dan aktiviti membuat batik. Aktiviti membuat batik ini kebiasaannya akan dilakukan oleh para pelajar supaya pendedahan mengenai batik terus dirasai oleh mereka. Maklum balas yang diterima daripada pelajar juga amat baik, apabila mereka dapat mencungkil bakat dalam menghasilkan batik. Secara tidak langsung, Noor Arfa boleh mencari pelapis dan menawarkan mereka menjadi pelajar pelatih di bawah seliaan Noor Arfa. Dalam masa yang sama, tawaran kerja akan dibuka untuk mereka yang berminat.

Gambar kenangan bersama Pengetua dan pelajar SMK Megat Panji Alam, Kuala Terengganu

Kenangan bersama guru & pelajar SK Kuala Berang, Terengganu

Pengalaman membuat batik juga kami ketengahkan untuk memberi peluang kepada golongan muda mengenali dan merasai cara menghasilkan batik. Nilai batik yang dihasilkan oleh pelukis dan pencanting batik perlu dikagumi kerana hasil lukisan mereka adalah satu seni yang mampu memberi impak positif kepada orang yang memakainya. Oleh itu, kita harus tanam nilai ini dalam diri golongan muda supaya mereka faham tentang penghasilan produk batik.

Oleh itu, Noor Arfa juga berharap semua agensi turut menyokong aktiviti seperti ini dalam menyebarkan ilmu tentang batik, supaya ilmu batik tidak lapuk dek zaman. Ini kerana, Batik masih lagi menjadi pilihan utama golongan guru, kakitangan kerajaan serta korporat untuk dijadikan pakaian utama bagi majlis-majlis ternama. Tetapi zaman sekarang, batik mula dipakai setiap hari dan dijadikan pakaian persalinan harian terutama bagi golongan yang bekerja. Seni warisan batik perlu dikekalkan supaya generasi akan datang kenal apa itu Batik supaya warisan nenek moyang kita terpelihara.

NOTA: Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti Aspirasi Seni boleh hubungi 019 – 914 2700 (Pegawai DIY).

Pegawai DIY bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Terengganu | Proses melakar sebelum mula mencanting.

Gambar Utama: Aktiviti mewarna banner 2 meter oleh pelajar SMK Megat Panji Alam, Kuala Terengganu

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading