
Pengasas Noor Arfa Wan Mohd Ariffin dan isteri Noor Hijerah diapit oleh ahli keluarga
Sambutan ke-43 Noor Arfa diadakan di majlis gilang gemilang di Magica Hall, Cheras baru-baru ini sebagai menghargai penat lelah pengasas syarikat Wan Mohd Ariffin dan isteri Noor Hijerah Hanafiah membina empire yang kini berkembang pesat.
Turut diperkenalkan di majlis tersebut ialah duta Noor Arfa, Zara Zya, menandakan kemunculan semula syarikat batik terkemuka setelah sunyi akibat pandemik Covid-19 sejak 2020.
Serentak dengan pengenalan duta, Noor Arfa telah memperkenalkan koleksi Raya Noor Arfa Zara Zya dan akan mula dijual pada 1 Mac 2023.
Selain itu, Anniversary Noor Arfa ke-43 juga turut meraikan kejayaan Noor Arfa Stylist (”Reseller” Noor Arfa).
Program ”Reseller” ini adalah salah satu usaha untuk menaikkan martabat ekonomi orang Melayu dalam perniagaan, dimana pihak Noor Arfa menyediakan platform perniagaan tanpa sebarang modal dan diberikan ilmu untuk mula perniagaan dari zero. Setakat ini, Noor Arfa telah berjaya membantu hampir 6,000 orang ”Reseller” membina perniagaan bersama sepanjang tahun 2022.
Turut diceritakan di majlis tersebut tentang perjuangan pasangan kental yang mendapat tentangan dari pelbagai pihak yang memperkecilkan usaha mereka untuk membawa jenama Noor Arfa ke persada dunia.
Wan Mohd Ariffin dan Noor Hijerah juga sentiasa memberi nasihat dan motivasi bukan sahaja kepada anak-anak mereka yang menerajui perniagaan tetapi kakitangan lain.
Bermula dari belakang rumah, Syarikat Noor Arfa kini mempunyai sebuah kompleks kraf yang merupakan antara pavilion batik terbesar di Malaysia.

Reseller yang mencapai jualan yang tinggi




Leave a Reply