Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim Haji Nicholas Sylvester bersama naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Dusun.

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Malaysia (KDMRS Muslim) sedang melancarkan inisiatif untuk mengumpulkan dana kira-kira RM4 juta bagi membiayai kos penterjemahan dan penerbitan naskhah al-Quran dengan terjemahan bahasa etnik Murut, Rungus, Sungai dan Kadazan di Sabah.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim Haji Nicholas Sylvester berkata untuk permulaan, pertubuhan itu akan mencetak 20,000 naskhah al-Quran dengan terjemahan bahasa Dusun.

“Kami telah memulakan inisiatif menyediakan naskhah al-Quran tersebut pada Januari 2019 sehingga dapat disiapkan sepenuhnya pada 2022.

Naskhah al-Quran terjemahan bahasa Dusun telah diedarkan ke seluruh negara dengan tumpuan di Sabah terutama di semua surau, masjid, perpustakaan awam dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkenaan”.

Menurut Nicholas, Bahasa Dusun dipilih untuk projek terjemahan pertama KDMRS Muslim kerana Dusun adalah etnik majoriti penduduk di Sabah dengan jumlah lebih 869,000 orang dan 22 peratus daripadanya beragama Islam.

“Kebanyakan etnik Dusun yang beragama Islam belum memiliki naskhah al-Quran, jadi naskhah al-Quran terjemahan bahasa Dusun diedarkan untuk keperluan masyarakat tersebut

Kitab suci terjemahan itu disiapkan pasukan penterjemah yang menguasai Bahasa Arab dan bahasa Dusun. Selepas terjemahan itu disiapkan, naskhah tersebut disemak dan diluluskan oleh panel khas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN)”, katanya.

Menurut Nicholas, KDMRS Muslim juga sedang mengambil inisiatif menyediakan naskhah al-Quran dengan terjemahan bahasa Rungus, Murut dan Sungai sebelum menyusul terjemahan bahasa Kadazan.

“Semua inisiatif ini memerlukan dana yang besar dan KDMRS Muslim memohon sumbangan individu serta organisasi dermawan di luar sana untuk menjayakannya.

Kami juga akan menerbitkan kitab Tafsir Ibnu Kathir dengan terjemahan bahasa Dusun yang memerlukan kos lebih RM1 juta”.

Selain itu, pertubuhan itu giat melaksanakan pelbagai program bagi membina persefahaman serta hubungan baik antara etnik Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Sungai (KDMRS).

Untuk 2023, KDMRS Muslim memfokuskan sekurang-kurangnya tujuh kegiatan utama kemasyarakatan melalui platform kebajikan dan pendidikan melibatkan masyarakat serta saudara baharu yang memerlukan bimbingan dalam pelbagai aspek.

Antaranya, menaja pelajar KDMRS Muslim yang memerlukan pembiayaan untuk menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

“Kami juga akan menganjurkan program sempena Ramadan termasuk iftar di pedalaman dan menyambut Tadau Kaamatan versi patuh syariah di seluruh Sabah selain menyalurkan bantuan makanan dan perlindungan termasuk membaik pulih atau membina rumah, membangunkan ekonomi asnaf mualaf serta program pembangunan sahsiah” katanya.

Turut dirancang oleh pertubuhan adalah program sembelihan ibadah korban di pedalaman serta kampung terpinggir selain membina surau terutama untuk komuniti mualaf di pedalaman yang belum mempunyai tempat ibadah dan pusat komuniti.

“Banyak lagi program akan dianjurkan sepanjang 2023 dan semua ini memerlukan dana yang besar. Justeru selain kewangan, kami turut memerlukan sokongan tenaga kerja, doa serta sumbangan daripada masyarakat mahupun institusi”. 

Kepada individu dan institusi yang mahu mendukung inisiatif ini boleh menyalurkan sumbang kepada KDMRS Muslim menerusi akaun Bank Islam no: 1005 2010 1170 95.

2 responses to “KDMRS Muslim perlu RM4 juta cetak al-Quran terjemahan bahasa 4 etnik Sabah”

  1. Rawa Lanun-Bahasa Avatar
    Rawa Lanun-Bahasa

    I rather do a Hebrew Translation of the Divine Book Qur’anulKareem and I had shared this thought with Abdul Latif Mirasa. Latif has done the Mandarin ubahbahasa.

    As for the exergesis I have talked Dekan SoLLaT@USM Prof Salasiah that we attempt to find funders to help out with translating Tafsir Al-Azhar by Dr HAMKA into the English and other languages including Hebrew.

    Do I think Dr Mahathir will be interested or even Dr Siti Hasmah in participating positively in this endeavor?

    I tried to meet DrMahathir through badariaharshad@gmail.com but no feed back from the Yayasans. Love to meet up with TSri Norian Mai though.

    #SAVEMASJIDILAQSANOW
    #SaveMasjidilAqsaNow
    NoThirdTempleOnMountMoriah

    Wallahuaklam

  2. […] KDMRS Muslim perlu RM4 juta cetak al-Quran terjemahan bahasa 4 etnik Sabah — Apa Khabar TV […]

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading