Oleh Firdaus Ahmad

JITRA, KEDAH: Kelibat seorang lelaki berpakaian kemas, dengan but tinggi serta bertopi koboi memungut sampah sarap sering kelihatan di persimpangan Pulau Nyior dan Sekolah Kebangsaan Tunjang.

Pada mulanya senario ini memang nampak pelik, tetapi lama kelamaan ramai pula yang mengenali lelaki berusia 63 tahun ini.

Bukan calang-calang orang rupanya. Bakri Baharom merupakan mantan Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang tidak tahan melihat sampah sarap bertaburan di kawasan berhampiran rumahnya di Tunjang.

Pada hujung tahun 2022, beliau mengambil keputusan untuk berbakti kepada masyarakat dengan mengutip sampah sarap di kawasan itu setiap hari Jumaat.

“Saya sedar untuk menyelamatkan negara, apatah lagi dunia, kita kena bermula dari perkara kecil. Ini adalah sumbangan saya kepada alam sekitar,” katanya ketika ditemui di “port” biasanya.

Beliau mengakui gejala membuang sampah merata-rata ini menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan ini memberi kesedaran kepada bekas ahli akademik ini untuk melakukan sesuatu.

Bakri Baharom sedang memungut sampah sarap di Tunjang

Pelbagai sampah dipungut ketika menjalankan “tugas” pada Jumaat lepas.

“Saya merayu kepada mereka yang lalu-lalang di sini, hentikanlah membuang sampah merata-rata. Buang di tempat yang disediakan. Jagalah kebersihan,” nasihatnya kepada mereka yang suka buang sampah di tempat awam.

“Semoga suatu hari nanti, kawasan ini akan menjadi zero litter (tanpa sampah),” katanya lagi.

Bakri juga menaruh harapan untuk  menaik taraf kebersihan Jalan Jitra Kodiang, sepanjang 14km, menjadi jalan sehebat kemudahan di Eropah.

Bakri berasa lega kerana masa diambil tiba di lampu isyarat hanya 45 minit berbanding dengan dua jam sebelum ini.

Kini pada usia emas, ada rakan taulan yang menyapa beliau ketika sedang mengutip sampah tepi jalan. Bakri ada berbisik dengan penulis: “Tentu ada yang ingat saya gila. Tetapi ini satu perjuangan.”

5 responses to “Kempen Kebersihan Koboi Tunjang”

  1. SALIZA BINTI ABDUL RAZAK Avatar
    SALIZA BINTI ABDUL RAZAK

    Moga masyarakat sekelililing akan mengikut sikap baik yg ditunjukkan. Nak ubah sikap orang payah. Melainkan kita dulu yg tunjukkan atau mulakan sesuatu yg baik macam ni. TAHNIAH satu usaha yg sangat mulia

  2. Terbaik bosku. Semoga Allah mberikan kesihatan yang terbaik dan umur yang panjang insyaAllah.
    Aaaminnn.

    1. Hafizah Binti Din Avatar
      Hafizah Binti Din

      Moga dapat dijadikan teladan buat masyarakat sekeliling.
      Tahniah dan terima kasih.

  3. […] Firdaus Ahmad, from apakhabartv.com turned up to snap some photos, coined and penned “Koboi Tunjang” in his eventual article published by […]

  4. Jepun membudayakan sifat pembersih dari sekolah dan tadika. Jika sudah jadi buloh sangat sukar.
    Moga Kementerian Pendidikan dapat belajar dari Jepun bagaimana mereka lakukan itu. Guru besar dan guru dan murid bersama sama mencuci tandas dan bilik air.
    Moga Allah tingkatkan iman kebersihan kepada penduduk dan pemimpin Malaysia.

Leave a Reply to TeekCancel reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading