Berikutan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri bermula
bulan Oktober tahun lalu, Malaysian Relief Agency (MRA) telah menggerakkan Misi Bantuan Bencana Banjir ke kawasan yang terjejas di seluruh negara sejak 18 Oktober 2022.


Presiden MRA Dr Mohd Daud Sulaiman berkata setakat ini seramai 25,000 mangsa banjir telah menerima manfaat bantuan banjir dari MRA di 111 lokasi. Nilai bantuan tertinggi telah diagihkan di Kelantan dan Terengganu, dikuti negeri Kedah, Perak, Johor, Melaka, Selangor dan Sabah.


Menurut Dr Mohd Daud, jumlah keseluruhan bantuan banjir yang telah diagihkan ke negeri-negeri yang terkesan oleh 662 orang sukarelawan MRA setakat ini bernilai RM372,157 termasuk 3,809 bakul makanan, 410 makanan siap dimasak, 1,834 pek kebersihan, 98 pek keperluan bayi dan 1,110 helai pakaian.


“Selain itu, MRA telah menggerakkan bantuan perubatan kepada mangsa banjir melalui Klinik Bergerak untuk memberikan rawatan kesihatan dari rumah ke rumah dan juga khidmat kaunseling Psychological First Aid (PFA) kepada mangsa banjir

Di samping itu juga, perkhidmatan membaiki kerosakan kenderaan bermotor dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid serta rumah-rumah yang terkesan dengan banjir turut diadakan”.


MRA amat mengalu-alukan sumbangan untuk Tabung Bantuan Banjir MRA bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat banjir. Sumbangan rakyat Malaysia boleh dibuat menerusi akaun Maybank Malaysian Relief Agency (acc no: 5640 9820 6365) atau layari laman rasmi Malaysian Relief Agency http://www.mra.my dan facebook untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading