Eda Ezrin nafi beritahu keluarga makan nasi berkuah dan tulang ikan saja dalam penjara

Menurut maklumat yang diterima apakhabartv.com daripada pihak tertentu di Kelantan, keluarga penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Bae Soba Bae’ itu dikatakan memberitahu wakil sebuah kumpulan media utama, kononnya Eda Ezrin hanya diberi makan nasi berkuah dan ikan goreng yang hanya tinggal tulang seolah-olah sisa makanan orang lain.