
Seorang anggota renjer Thailand terbunuh, manakala enam rakannya cedera parah selepas terpijak periuk api ketika melakukan rondaan berjalan kaki di Ban Pula Mong, Kero, daerah Raman, Yala, pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi tadi (4 Ogos 2024) ketika mangsa dan rakannya dari 4116 Rejimen Ranger daerah Raman, sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
Mangsa dilaporkan terpijak periuk api ketika melakukan rondaan di kawasan jambatan di Ban Pula Mong, Mukim Kero, Daerah Raman, Yala.

Polis yang menerima laporan kemudian menghantar sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (EOD) untuk menyiasat kejadian itu. Letupan itu mengorbankan anggota Pertahanan Sukarela, Anas Mayaing, terbunuh.
Pegawai Thailand percaya bahawa ia adalah percubaan untuk menimbulkan kekacauan oleh sekumpulan pelaku kekerasan di kawasan itu.
Panglima Angkatan Tentera Ke-4, Lt Jen Santi Sakuntanak mengarahkan semua anggota operasi supaya lebih berhati-hati ketika membuat rondaan,.
Beliau juga mengarahkan anggota pasukan keselamatan tidak melakukan rondaan berulang kali di kawasan yang sama kerana ia boleh mendedahkan mereka kepada bahaya.
Kejadian itu berlaku selang beberapa hari setelah pertempuran berlaku antara tiga anggota kumpulan bersenjata Selatan Thai dengan pasukan keselamatan Thailand di daerah Khok Pho, Pattani.
Pertempuran itu menyebabkan ketiga-tiga anggota kumpulan bersenjata berkenaan terbunuh, manakala seorang anggota pasukan keselamatan Thai turut maut dan dua lagi cedera parah.
Pengeboman juga berlaku hanya sehari selepas Perdana Menteri Settha Thavisin bertemu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Golok, Narathiwat, semalam.
Sementara itu, pada jam 7 pagi tadi juga anggota polis di Balai Polis Nong Chik, Pattani dimaklumkan oleh penduduk mengenai penemuan objek mencurigakan di Mukim Pulo Puyo,.
Petang semalam, sekumpulan orang tidak dikenali telah menyerang pangkalan Unit Perlindungan Daerah di mukim berkenaan, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kumpulan terbabit dikataan melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah pangkalan berkenaan, sebelum melarikan diri.






Leave a Reply